Wednesday, October 21, 2015
Guling Najib : Jangan Ambil Mudah, Pembelot
1. Sidang Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini Isnin 19 Oktober selama
25 hari atau 7 minggu, boleh sahaja berlaku pengulingan Perdana
Menteri,
2. Memang daripada segi pembangkang jumlah mereka tidak mencukupi
menggulingkan Perdana Menteri, namun jangan ambil mudah pembelot.
Pembelot boleh sahaja muncul tiba-tiba bagi memenuhi kepentingan
masing-masing.
3. Pembelot, akan datang daripada mereka yang tidak disangka. Ambil
pengelaman Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat dan Kerajaan Sabah di
bawah Parti PBS. Kedua-kedua peristiwa itu, tidak terbayang sebelumnya,
kerana mereka yang membelot adalah mereka yang terlalu dekat dengan
pucuk pimpinan bagi kerajaan negeri berkenaan.
4. DS Najib kena hati-hati dan perlu mampu mengenaipasti berbagai kejadian atau keadaan yang mengarah kepada pembelotan.
5. Perlu diketahui bahawa pembelot, tidak selalunya datang daripada
mereka yang bersuara lantang, sebaliknya, daripada mereka yang nampak
tenang, seperti air tenang yang mempunyai buaya ganas.
6. Dalam masa 25 hari daripada sekarang, semua kemungkinan boleh sahaja
berlaku. Jangan ambil mudah cara pembangkang mengemukan usul tidak
percaya yang menggunakan MP biasa, kemudian Lim Guan Eng meminta pula,
agar usul tersebut ditarik, dengan membayangkan, bahawa DAP tidak
bersetuju dengan cara itu. Tujuan kepada permainan ini, agar para MP Bn
yang menyokong DS Najib leka. Jangan lupa, pelandok boleh lupa jerat,
namun jerat sebaliknya.
7. AYT mempunyai firasat tidak sedap, bahawa terdapatnya gerakan
tersusun daripada pihak-pihak tertentu yang nampak menyokong PM, namun
sebaliknya sedang menyusun kaedah bagaimana menggulingkan PM ke-6
tersebut. Harap-harap firasat AYT ini tidak benar, sehinggalah ke
PRU-14.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment