Wednesday, October 21, 2015
PM Tak Boleh Ubah Sejarah Negara : Ahli Akademik
BANGI : Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz menolak
dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini apabila
mengatakan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang.
Beliau berkata, kenyataan perdana menteri itu tidak boleh mengubah sejarah negara mahupun sejarah kewarganegaraan.
“Sejarah tidak akan berubah dengan perubahan masa. Kewarganegaraan kaum bukan Melayu tidak dipersoal.
“Namun, sejarah tentang kewarganegaraan tersebut tidak akan berubah sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan kontroversi Najib yang
menyifatkan kaum Cina di Malaysia bukan pendatang, tetapi adalah anak
watan yang juga memainkan peranan dalam pertumbuhan yang menakjubkan di
negara ini.
“Sebab itu anda bukan pendatang. Anda adalah anak watan. Anda dilahirkan
di sini, membesar di sini, dan apabila tiba masanya, apabila anda
meninggal dunia, anda akan dikebumikan di sini,” kata Najib.
Mengulas kenyataan Najib itu, Pengerusi Biro Dakwah Ikatan Muslimin
Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim pula berkata, tidak dinafikan
kaum Cina di Malaysia telah mendapat kewarganegaraan.
“Benar kaum Cina dapat warganegara. Benar mereka ada hak sebagai rakyat Malaysia.
“Namun, tidak benar jika tok nenek mereka dulu bukan pendatang. Jadi mereka adalah bangsa pendatang,” katanya.
Disebabkan mereka bangsa pendatang, Haji omar berkata, mereka tidak
sepatutnya mempertikai hak dan keistimewaan yang diperolehi bangsa
Melayu.
“Jangan dipersoal kontrak sosial. Jangan dipersoal Islam dan hak istimewa Melayu.
“Ada sejarahnya di situ yang telah terpahat dengan tinta emas. Kita
tidak persoal pun hak kamu sebagai warganegara di sini,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment