Thursday, October 08, 2015
Projek Lebuhraya Pan Borneo Terbukti Bukan Dongengan
KUCHING : Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan di Jalan
Simpang Nyalau/Bakun sepanjang 43 kilometer yang merupakan fasa pertama
projek Lebuhraya Pan Borneo bernilai RM15 bilion.
Fasa kedua pula membabitkan pembinaan jalan raya Teluk Melano/Sematan di Lundu sepanjang 33 kilometer.
Setiausaha tetap kepada Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan
Komunikasi Sarawak Safri Zainuddin berkata tender bagi pembinaan Jalan
Raya Telok Melano/Sematan sudah dianugerahkan kepada kontraktor
terpilih.
“Jentolak pertama akan berada di sana bulan depan,” katanya semasa
menjawab soalan peserta sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Sarawak
yang anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini, hari
ini.
“Ini membuktikan projek lebuh raya empat lorong Pan Borneo Sarawak
yang menghubungkan negeri ini dengan Sabah bukan cerita dongeng seperti
yang didakwa,” ujarnya.
Projek tersebut mula dicadangkan pada 1963 dan hanya diluluskan
selepas lebih 50 tahun semasa di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak.
Ia dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 31 Mac lalu semasa lawatan ke Bintulu.
Pembinaan fasa pertama Jalan Simpang Nyalau/Bakun dijangka siap dalam tempoh 30 bulan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment