Thursday, October 01, 2015
Rafizi Berbohong Dan Pembohong kata Pelajar Malaysia Di Amerika
Saya sangat terkejut dengan Pembohongan dan Pembodohan oleh Rafizi dalam laporan ini http://m.malaysiakini.com/news/313987
Pertama sekali, majlis pada 28 Oktober 2015 di Bangunan Ambasador
Malaysia di New York itu adalah Majlis Sepetang bersama Perdana Menteri.
Tidak ada Majlis Dialog!!! Kenapa Rafizi merepek. Sejak jadi YB kenapa
asyik BERBOHONG sahaja Rafizi? Adakah itu taraf kamu? Jika kamu tidak
hadir ke New York dan kamu tidak melihat suasana majlis tidak usah kamu
bercakap mengenainya ! Kamu hanya akan mengumpul dosa kering!
Walaupun PM sangat sibuk, baharu sahaja selesai mesyuarat dengan
Presiden Obama dan lain-lain ketua kerajaan, PM masih sudi bersama kami.
Apatah lagi keadaan jalan di New York jammed di mana-mana. PM kelihatan
sangat letih tetapi melayan kami seperti anak-anaknya, kami dari
pelbagai kaum merasa sangat friendly, selesa dan gembira.
Hampir 1 jam
PM berucap mengenai perancangan ekonomi dan pembangunan Malaysia,
kemajuan dan cabaran, kami sanggup berdiri lama mendengarnya. Perdana
Menteri menggunakan slaid dan ianya sungguh menarik.
Perdana Menteri juga beramah mesra hampir satu jam makan bersama kami
sambil bertukar pandangan secara dekat, dari hati ke hati dan kami
berpuashati. PM melanggar protokolnya dengan tidak makan secara
berasingan di meja VVIP tetapi sanggup berbaris bersama kami mengambil
makanan di meja yang disediakan untuk orang ramai.
Semasa kami makan bersama, kami bertanya banyak perkara, kami meluahkan
banyak perkara. Kami faham PM dikritik kerana dasar-dasarnya yang tidak
popular, tetapi bukti global menunjukkan PM melakukan perkara yang tepat
untuk masa akan datang.
Bagi kami, kami lebih percayakan PM daripada agenda Rafizi. Kami sudah
hilang respect kepada Rafizi kerana banyak bercakap tetapi tidak nampak
apa-apa hasil daripada percakapannya.
Asyik-asyik persoal dasar kerajaan, kami sudah naik bosan!!! Asyik
recycle isu yang sama amat menjumudkan!!! Rafizi memberi gambaran rakyat
Malaysia bodoh belaka. Kami pun tahu membezakan mana yang baik kepada
negara, kami sangat bosan dengan cara Rafizi dan pembangkang.
Sangat memalukan dan tidak nampak kematangan hidup bernegara. Kalaulah
Rafizi di Amerika Syarikat buat cara yang sama asyik repeat isu
seolah-olah rakyat pekak dan bodoh, saya percaya rakyat Amerika akan
panggil Rafizi si Bodoh from Malaysia! Memalukan!!!
Matanglah sikit, kalau nak kempen tunggulah PRU14 , sekarang masa untuk
bekerja. Jangan tanam kebencian yang keterlaluan kepada kerajaan
seolah-olah tiada satu pun perkara yang baik dari kerajaan!
Simpan sedikit kebodohanmu, keegoanmu, keceluparanmu untuk masa
pencenmu! Kami sudah bosan dengan retorik dan isu-isu yang kamu recycle.
Kami mahu masa depan. Kami tak mahu cakap banyak walaupun popular untuk kamu!
Pelajar Malaysia,
New York, USA.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment