Thursday, October 01, 2015
Mufti Pahang Bertegas Mahu Muslim DAP Mohon Maaf... BARUA DAP Macam Tu Lah
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman enggan mohon maaf berhubung khutbah anti-DAP pada Hari Raya Aidiladha minggu lalu.
Sebaliknya, Abdul Rahman berkata bahawa DAP yang perlu memohon maaf
kerana didakwanya "campur tangan dalam hal ehwal Islam", lapor Utusan
Malaysia hari ini.
Beliau mengulas tuntutan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja
Puri supaya Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memohon maaf dan menarik
balik khutbah tersebut kerana didakwa menghina parti itu atau berdepan
tindakan undang-undang.
"Kita tidak akan tunduk kepada pihak yang mahu jabatan ini memohon maaf dan menarik balik teks khutbah Aidiladha itu.
"Sepatutnya mereka yang memohon maaf terlebih dahulu kerana campur
tangan dalam hal ehwal Islam sepeti pelaksanaan hudud d Kelantan,"
katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu hari ini.
Dalam laporan itu juga, Abdul Rahman sedih dengan beberapa orang Islam
dalam DAP yang lebih mempertahankan dasar pati itu dan tidak menghormati
institusi Islam.
"Saya rasa terkilan dengan orang Islam dalam DAP, sepatutnya mereka kena
mempertahankan Islam ini, namun merea, pula ingin menyaman kami dan
meminta kami memohon maaf," katanya dipetik.
Dewan Ulama PAS Perak mempertahankan khutbah itu dan menyokong langkah
JAIP yang enggan memohon maaf susulan ugutan saman oleh DAP dan NGO
PERKASA pula mendesak parti itu memohon maaf.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment