Thursday, October 15, 2015
Saifuddin Abdullah Sah Sertai PKR
PETALING JAYA : Datuk Saifuddin Abdullah hari ini disahkan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.
Perkara tersebut diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan
Azizah Wan Ismail pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari
ini.
Menurut Wan Azizah, penyertaan Saifuddin akan mengukuhkan lagi rumpun
parti tersebut, selain menguatkan perjuangan rakyat di negara ini.
di dalam sidang medianya, Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu berkata
beliau menyertai politik kerana niat yang ikhlas sebagai perjuangan
yang jauh dari kepentingan peribadinya.
Apa yang beliau mahu lakukan ialah dua perubahan iaitu Perubahan
politik dan reformasi institusi kerana sebelum ini di dalam UMNO beliau
gagal melihat perubahan itu ujarnya.
Beliau juga telah memaklumkan kepada Tan Sri Razali di atas perletakan jawatan beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment