Thursday, October 15, 2015

Jenazah Firdaus Selamat Dikebumikan

Kebumi jenazah arwah Firdaus
SEREMBAN : Jenazah Allahyarham remaja OKU Muhammad Firdaus,16, selamat dikebumikan di Makan Tuan Hj Said  jam 1.45 petang tadi.

Turut kelihatan ibunya, Lolanopita ditanah perkuburan tersebut.

Keputusan bedah siasat hari ini mendapati punca kematian Muhammad Firdaus disebabkan tersedak makanan apabila diserang sawan.

Muhammad Firdaus tidak sedarkan diri disebabkan saluran pernafasan tersumbat ketika makan tengah hari.

Jenazah Muhammad Firdaus  disolatkan di Masjid Negeri selepas solat Zohor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Haji Mohd Said.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Zulkefli Ramli berkata, pihaknya mendapat kebenaran ibu remaja kurang upaya itu, Lolanopita Sadi, 41 untuk menguruskan jenazah anaknya.

Tambahnya lagi, bermula malam tadi majlis tahlil telah diadakan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment