Thursday, October 15, 2015
Terima Kasih Saifuddin Abdullah Kerana Selamatkan UMNO
Pengumuman bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO,
Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk
menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah lama diramalkan dan bukanlah
sesuatu yang amat mengejutkan. Kecenderungan ideologi beliau kepada
Islam dan Melayu Liberal sangat cocok kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Sebenarnya
pengumuman semalam lebih mengejutkan apabila bekas Ahli Parlimen
Temerloh tersebut menulis dalam akaun twitternya bahaw tidak akan
sesekali keluar UMNO.
Ramai dalam UMNO dan PKR yang kecewa dengan kenyataan semalam. Akar
umbi UMNO mengharapkan beliau keluar dari parti kerana sering membawa
pandangan liberal. PKR pula sangat memerlukan Saifuddin seorang orator
dan pemikir yang gah.
Justeru apabila akhirnya Saifuddin menyertai PKR hari ini ia
merupakan satu “blessing in disguise” kepada UMNO. Kehilangan seorang
bekas pemimpin yang sejak beberapa tahun ini menjadi duri dalam daging
kepada ideologi parti.
UMNO sentiasa membawa jalan sederhana dalam isu agama dan kaum tidak lagi sesuai dengan pemikiran liberal Saifuddin.
Terima kasih Saifuddin Abdullah kerana menyelamatkan UMNO !!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment