Thursday, October 15, 2015
Wakil Palestin Dan Maldives Wakil Pertama Tiba Untuk Sertai “Conference Asean Women In Politics”
KUALA LUMPUR : Wakil dari Palestin dan Maldives menjadi deligasi pertama yang tiba di negara ini untuk menyertai Conference Asean Women In Politics anjuran Wanita Barisan Nasional (BN) yang bakal berlangsung pada 17 Oktober ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Menurut Ketua Pergerakan Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
deligasi dari Palestine diketuai Pengerusi Pihak Berkuasa Kualiti Alam
Sekitar daripada parti Barisan Liberal Nasional Palestin, Adalah Atira
manakala dari Maldives pula diketuai Menteri Luar Negara, Dunya Maumoon
yang mewakili Progressive Party Of Maldives.
Jelasnya, beliau amat bersyukur dan berasa teruja menanti kehadiran
wakil daripada 17 buah negara untuk bersama-sama berkongsi pandangan
dalam conference yang bakal berlangsung pada 17 Oktober ini dengan membawa tajuk bertajuk Promoting Representation Through Connectivity And Innovation.
“Setakat ini lebih daripada 117 deligasi luar yang melibatkan 17 buah negara akan bersama-sama Wanita BN untuk turut serta dalam conference ini.
“Dua deligasi negara yang tiba awal ini telah melahirkan rasa seronok
dan tidak sabar untuk mengikuti program ini. Palestin contohnya yang
buat pertama kali tiba di Malaysia berasa amat teruja. Mereka juga
menyatakan rasa minat untuk membuat rangkaian lebih akrab dengan Wanita
BN.
“Insyaallah pemimpin Wanita BN akan membuat susulan selepas conference
ini tetapi ia tertakluk kepada keputusan yang telah dibuat oleh pihak
kerajaan agar kita tidak melanggar sebarang polisi yang telah
ditetapkan,” ujarnya selepas mengadakan perjumpaan bersama wakil
Palestin dan Maldive di Hotel Seri Pasific sebentar tadi.
Tambah Shahrizat, wakil Palestin iaitu Pengerusi Pihak Berkuasa
Kualiti Alam Sekitar daripada parti Barisan Liberal Nasional Palestin,
Adalah Atira turut melahirkan hasrat agar selepas conference ini bukan hanya sekadar sentiasa berhubung tetapi menjemput Wanita BN ke negara mereka untuk memahami keadaan negara Pelestin.
“Wanita dalam BN sudah semestinya akan memberi sumbangan dan apa-apa
yang dirasakan perlu tetapi haruslah tertakluk kepada keputusan pihak
kerajaan,” katanya.
Conference Asean Women In Politics ini bakal membentangkan
empat tajuk iaitu “Digital Inclusion: Challenges And Opportunities”,
“Legally Speaking: Laws And Policies To Promote Representation Of Women
In Politics”, “Power Of 51: Women At The Epicentre Of Winning Elections”
dan “Millennials & Gen Z: Engaging Future Leaders And Understanding
Their DNA” dengan memberi penekanan terhadap isu penglibatan wanita
dalam menguasai bidang Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) secara serius.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment