Sunday, October 18, 2015
Saman WSJ: Anwar Dakwa ‘Difitnah’ 2013 Pun Baru Saman Sekarang!!
Laman-laman facebook pembangkang seperti
Suara Rakyat, SSTDM dan KCD, sibuk mengira hari bila Datuk Seri Najib
nak menyaman Wall Street Journal (WSJ) kerana fitnah sumbangan politik
RM 2.6 billion yang diterima beliau pada 2013, adalah dari duit 1MDB.
Tujuannya nak mengatakan Najib ini penakutlah dan orang yang salah kerana masih tak saman WSJ.
Spesis-spesis pemakan bangkai dan
penghirup angin (Mahathir kedekut) ini fikir, mudah betul nak saman
agensi berita antarabangsa berpengkalan di luar negara yang tidak ada
pejabat pun di negara ini, paling hampir di Singapura. Banyaklah
pertimbangan undang-undang antarabangsa yang nak difikirkan sebelum
tindakan saman boleh bermula.
Alangkah nak saman orang dan syarikat
dalam negara ini pun ambik masa bertahun untuk dimulakan. Antara contoh
paling klasik ialah ugutan Tony Pua untuk menyaman Lester Melanyi –
bekas editor Sarawak Report yang mendedahkan kaitannya dengan Claire
Brown, dah berbulan dari ugutan dibuat, samannya tak juga lagi.
Paling baru ialah bila Anwar hanya
memulakan prosiding saman ke atas bekas calon BN untuk PRU13 di
Permatang Pauh, Dr. Mazlan Ismail, TV3 dan Utusan kerana menuduhnya
rasuah pada tahun 2013, 2 hari lepas!!
Tahun 2013 kena tuduh rasuah, tahun 2015 baru nak saman? Dalam
tempoh tu banyak dah berubah, Anwar pun kena singkir dari jadi Ahli
Parlimen Permatang Pauh kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan satu
pilihanraya kecil pun dah diadakan, baru Anwar nak saman?
Bebal-bebal semua tu taknak kira hari ke
dan persoal pemimpin agung kau orang ni kenapa lepas 2 tahun baru Anwar
saman? Baru jumpa peguam ke, baru tahu kena fitnah ke apa ke? Tak
logik semua alasan tu sebab Anwar bukan biasa-biasa dalam hal saman ni,
dia King of Saman.
Ironinya, sekutu baru Anwar, Mahathir, Penakut of Saman, jangan kata saman, nak buat laporan polis pun tak berani!!
Kalau isunya itu hak Anwar nak saman
bila-bila masa dia suka, apa beza dengan Najib?
Hak beliaulah nak saman
bila, tergesa-gesa saman dan kalah kang, buat cerita lain pulak.
Yang
terjejas maruah dan kredebiliti dek laporan palsu WSJ ni Najib, bukan
orang lain,
Jika Najib ambil masa yang panjang untuk
saman WSJ pun itu wajar sebab alasan-alasan yang diberikan di atas,
alangkah Anwar yang nak saman individu dan organisasi dalam Malaysia pun
ambil masa bertahun, apa lagi Najib!!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment