Sunday, October 18, 2015

Politics Of Hope: Modal Pakatan Harapan Untuk Terus Menipu Rakyat

“Politics of Hope”, itulah “grand strategy” pakatan pembangkang yang telah lama digunakan untuk sebagai dasar dalam mempengaruhi minda rakyat. Intipati ini adalah resepi utama dalam penciptaan slogan-slogan mereka.
http://ecx.images-amazon.com/images/I/51KZRBFVoRL._SX309_BO1,204,203,200_.jpg
“Malaysia Baru”, “Harapan Baru”, “Gerakan Harapan Baru”, dan yang terbaru, Pakatan Harapan menunjukkan bahawa mereka masih bersandar kepada “politics of hope” untuk terus kekal di dalam peta politik negara.

Ia juga bersifat “rebranding”, dengan menyegarkan kembali imej politik mereka.  Secara simbolik, mereka cuba menyatakan bahawa yang lama, atau yang sedia ada sudah tidak relevan untuk terus kekal. Dengan lagak kononnya “hero rakyat”, mereka tampil memberi harapan.

Slogan ini cukup serasi dengan cara pembangkang berpolitik, iaitu segalanya salah kerajaan, dan rakyat dimomokkan dengan ketakutan yang tidak berasas, seperti kononnya negara bakal bankrap esok. Waima jika anak mereka cirit birit pun, ianya adalah salah kerajaan. “Bangkang dari longkang”, itulah antara ungkapan yang kita pernah dengar.

Oleh yang demikian, rakyat harus sedar bahawa ia menjelaskan, mengapa seringkali pembangkang memburuk-burukkan Malaysia di mata dunia, di samping cuba memberi gambaran yang negatif ke atas apa jua yang kerajaan usahakan. Ia bukanlah bersifat kebetulan, tetapi ia adalah kebathilan tersusun yang merangkumi segala aspek kehidupan.

Jangan terkejut kalau kita mendapati pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling tidak menguntungkan rakyat. Apatah lagi, jaguh-jaguh politik mereka sering berpaut kepada isu-isu separuh masak, kalau pun tidak isu-isu yang kemudiannya dilabel “sekadar gurau”.  Isu yang berstatus fitnah dan persepsi pula, tidak terhitung lagi.

“Politics of Hope”, garapan pembangkang seolah-olah membenarkan dusta nista atas alasan manifesto bukan janji. Maka, kita lihat banyak janji-janji yang tidak ditunaikan di negeri-negeri yang mereka tadbir dengan pelbagai alasan. Harapan itu sekadar ingin menang pilihanraya semata, tidak lebih dari itu.

Harapan palsu.

Demi undi, bukan demi rakyat. Gagalnya demi rakyat, mereka ubah pula menjadi Pakatan Harapan. Segalanya berubah, yang kekal hanyalah meneruskan cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment