Sunday, October 18, 2015
Pelukan Zahid Hamidi Dan Zainuddin Maiddin Panaskan Politik Malaysia
Dalam kekalutan
kemelut politik yang cuba dicetuskan oleh pembangkang dan penyokong
Mahathir, mereka dikejutkan dengan gambar-gambar Zahid Hamidi dan
Zainuddin Maiddin berpelukan. Gambar-gambar tersebut agak viral di
media sosial.
Berdasarkan gambar tersebut,
bermacam-macam andaian positif dan negatif dilantunkan. Sejujurnya tidak
ada sesiapa pun yang mampu meneka dengan tepat makna atau senario
sebenar tindakan Zahid Hamidi dan Zainuddin Maiddin ini.
Umum amat maklum bahawa Zainuddin
Maiddin merupakan antara individu yang mengkritik pentadbiran Perdana
Menteri secara keras. Beliau dikatakan pengikut tegar Tun Dr Mahathir
yang secara terang-terangan mahu menjatuhkan dan mengguling Perdana
Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula merupakan
orang kuat Datuk Seri Najib Razak. Beliau dipilih sebagai Timbalan
Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disingkir.
Sejak kebelakangan ini anak beliau menjadi sasaran mudah pihak
pembangkang selain daripada Datin Seri Rosmah Mansur.
Adakah Zainuddin cuba untuk menjernihkan
keadaan atau cuba menimbulkan keraguan apabila beliau menjelaskan
sebab-sebab pertemuan dua individu ini? Adakah jarum yang cukup halus
cuba disuntik sedikit demi sedikit?
Zainuddin yang juga merupakan bekas
Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu mengakui
dihujani persoalan berkaitan perkara tersebut.
“Tentunya pertanyaan ini timbul kerana
saya dianggap sebagai kritikal terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib, menteri-menteri dan mempertikaikan teguran Zahid kepada pemimpin
parti terhadap 1MDB sebagai menimbulkan kontroversi, sebaliknya bagi
saya kerana sayangkan parti,” kata Zainuddin.
Kenyataan Zainuddin yang menekankan
bahawa tindakan beliau yang sinikal dan kritikal terhadap pentadbiran
Najib kerana sayangkan parti amat tidak boleh diterima. Hakikatnya kita
tahu bahawa segala tindak tanduk beliau selama ini sebenarnya mengancam
kesinambungan parti dalam erti kata yang sebenarnya.
Pentadbiran Perdana Menteri kita tidak
tertumpa kepada isu 1MDB semata-mata. Ianya hanya lah sebahagian yang
terlalu kecil dalam pentadbiran negara. Tambahan pula 1MDB bukanlah
syarikat yang mengalami kerugian ataupun membuat pelaburan dalam sektor
yang merugikan sepertimana yang berlaku dalam zaman pentadbiran Mahathir
apabila Perwaja mencatitkan kerugian yang amat besar.
Dengan itu, tindakan Zainuddin
menggunakan isu 1MDB untuk menyerang Perdana Menteri jelas bukan kerana
sayangkan parti. Sekilas ikan di air, jantan betina kita tahu.
Hipokrasi yang melampau akan memualkan rakyat.
Berbalik kita kepada isu berpelukan tadi,
Zainuddin menjelaskan juga bahawa Zahid telah lama menyatakan hasrat
berkunjung ke rumahnya kerana menganggap wartawan veteran itu tetap
bosnya.
Zahid pernah menjadi Timbalan Menteri
ketika Zainuddin menjadi Menteri Penerangan. Zainuddin telah menjawat
jawatan itu selama tiga tahun pada 2006 hingga 2008 ketika era perdana
menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Zainuddin berkata beliau dan keluarga
berbesar hati atas kunjungan itu selain mendoakan keselamatan dan
kejayaan cemerlang bagi “perjalanan politiknya yang kritikal”.
Komen-komen sinis beliau membawa banyak
maksud yang dengan mudah boleh dimanipulasikan dengan bermacam-macam
taksiran. Walaubagaimana pun, setakat ini kami belum mendapat sebarang
komen dari pihak Zahid Hamidi.
Memang sailaturrahim bagus untuk kita
jaga, namun setiap langkah yang boleh membawa fitnah yang membinasakan
sepatutnya dielakkan. Oleh itu, kita berharap Zahid Hamidi akan lebih
berhati-hati dalam membuat sebarang langkah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment