Sunday, October 18, 2015

BN Masih Bentuk Kerajaan Terbaik

SHAH ALAM : Barisan Nasional (BN) masih merupakan bentuk kerajaan terbaik bagi Malaysia di sebalik kekurangan dan ujian yang dihadapinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang lebih penting, BN telahpun merangka pelan hala tuju yang jelas bagi masa depan negara, dan semua ujian dalam politik semasa boleh diselesaikan jika rakyat memberi sokongan padu kepada kepimpinan.
http://assets.bharian.com.my/images/articles/20asdasfsfagagghfg.transformed.jpg
Sambil menarik perhatian bahawa ini bukan kali pertama negara berdepan ujian dalam politik, beliau berkata sebelum ini pun, negara berupaya pulih disebabkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan.

“Sekali-sekala, akan ada bonggol di pertengahan jalan. Begitu juga jika anda menerbangkan pesawat, akan ada poket udara.

“Insya-Allah, kita akan atasinya,” katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-44 Parti Gerakan di Setia City Convention Centre di sini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment