Thursday, October 01, 2015
Siapa PKR NI.... PAS Kena Ada Pendirian Teguh Berhubung Kerjasama Di Selangor - PKR
SHAH ALAM : Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mengingatkan PAS agar
tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkait kerjasama parti
itu di dalam kerajaan Selangor.
"Jika PAS nak keluar atau bersama dengan kita di Selangor, mereka kena
buat ketetapan dan seterusnya buat perbincangan. (Tetapi) Sekarang tidak
ada apa-apa, kita kerja macam biasalah," ujarnya ketika dihubungi
Antarapos, hari ini.
Xavier berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Ulama PAS yang
mahu parti itu mempertimbangkan keputusan untuk keluar dari pakatan
kerajaan Selangor.
Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindakan
itu perlu selepas DAP membentuk pakatan pembangkang yang baru tanpa
penglibatan PAS baru-baru ini.
Malah hal itu juga dikatakan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.
Xavier dalam pada itu menegaskan pentadbiran kerajaan negeri masih
berjalan dengan baik meskipun PKR dan DAP bergabung dengan Parti Amanah
Negara (Amanah) melalui Pakatan Harapan pada 22 September lalu.
"Tiada masalah di Selangor dan kita masih bekerjasama. Pakatan Harapan
adalah untuk negara.
Untuk negeri kita ada polisi yang lain. Dan
contoh-contoh di seluruh negara pun ada cara sebegini," tegas ADUN Sri
Andalas itu lagi.
Terdahulu PAS Selangor menerusi Setiausahanya, Khairuddin Othman
menegaskan akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri meskipun
sayap parti itu mahu kerjasama dalam pakatan negeri dipertimbangkan.
Khairuddin dalam pada itu menyifatkan kenyataan itu sebagai pandangan Dewan Ulama semata-mata tanpa mewakili keseluruhan parti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment