Saturday, October 17, 2015

Skandal-Skandal Yang Berlaku Zaman Mahathir

PKFZ (Port Klang Free Trade Zone)

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berlaku 6 tahun lalu, Projek bermula pada tahun 2000, kerajaan dianggarkan mengalami kerugian kira-kira RM12.5 bilion.

Enam orang telah didakwa, dua telah dibebaskan, manakala 4 kes-kes lain yang belum selesai ,asih belum selesai.

Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) telah menggugurkan saman RM720 juta terhadap kontraktor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), ini menimbulkan persoalan sama ada wang itu akan diperolehi semula ataupun tidak.

Projek ini telah diketahui umum dan mendapati kos penubuhan zon bebas melebihi RM3.5 bilion. Kuala Dimensi membuat RM993 juta keuntungan apabila ia membeli tanah daripada Pulau Lumut Development Cooperative Berhad pada hanya RM95 juta sebelum menjualnya kepada LPK pada harga RM 1.8 bilion.

Kerajaan juga melanjutkan pinjaman mudah sebanyak RM1 bilion bagi projek tersebut dan PKFZ dinasihatkan untuk membangunkan keseluruhan projek dengan kos sebanyak RM1.8 bilion.

Bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik adalah antara mereka yang didakwa tetapi dibebaskan daripada menipu penyelewengan yang berkaitan dalam penilaian tanah.

MAS (Malaysian Airlines)

Pada tahun 1994, ahli perniagaan Tajuddin Ramli telah mengambil pinjaman daripada sebuah syarikat berkaitan kerajaan untuk membeli kepentingan mengawal didalam harga saham Penerbangan Malaysia daripada harga pasaran iaitu RM8 sesaham.

Selama tujuh tahun beliau mengetuai MAS, ini adalah tempoh pelbagai penipuan yang didakwa berlaku. Syarikat itu mempunyai simpanan tunai sebanyak RM600 juta.

Apabila Tajuddin mengambil alih MAS sehinggalah tahun 2001 kerugian terkumpul MAS adalah sebanyak RM9.4 bilion.

Walaupun mengalami jumlah kerugian yang besar, kerajaan telah membeli balik MAS Holdings dengan harga yang sama iaitu RM8 sesaham atas arahan "orang tertentu".

Tajuddin telah dikenakan beberapa tindakan undang-undang dari beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana didakwa tidak membayar pinjaman lebih RM500 juta.

Tajuddin telah membuat penyelesaian di luar mahkamah yang dipanggil "bailout" oleh pengkritik dan Pembangkang semasa itu. Sekarang MAS mengalami masalah baik dari segi wang dan juga pengurusan hasil dari "poor governance".

SKANDAL BANK NEGARA - FOREX 

Pada awal tahun 1990an, Bank Negara Malaysia (BNM) mula melibatkan diri dalam perdagangan mata wang spekulatif dan perdagangan pertukaran asing dengan jumlah wang yang besar, institusi perbankan lain di seluruh dunia turut berasa bimbang.

Bank Negara Malaysia kerugian hampir RM30 bilion antara 1991 dan 1994 dan terpaksa diselamatkan oleh Kementerian Kewangan agar Malaysia tidak menjadi muflis.

Tiada seorang pun daripada eksekutif tertinggi di Bank Negara Malaysia dituduh dan didakwa diatas aktiviti perdagangan kerana kerajaan menanggung sepenuhnya kerugian.

Selepas itu, Bank Negara Malaysia tidak terlibat didalam mana-mana perniagaan yang berisiko tinggi untuk mengelakkan ia berulang.

Belum masuk lagi Perwaja Steel...lagi...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment