Thursday, October 15, 2015
SKMM Siasat Penyebaran Berita Palsu Babitkan Apandi - Zeti
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan
menyiasat penyebaran kenyataan palsu membabitkan Peguam Negara, Tan Sri
Apandi Ali terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang
dikatakan dimuat naik dalam sebuah portal berita tempatan.
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Penguatkuasaan dan Advokasi
SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin menegaskan pihak yang bertanggungjawab
menyebarkan berita palsu itu akan dibawa ke muka pengadilan.
Menurut Zulkarnain, mereka yang melakukan kesalahan berkenaan boleh
dikenakan hukuman di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Jangan sesekali menyebarkan berita-berita yang tidak dipastikan
kesahihannya. Ini kerana tindakan sedemikian boleh mencetuskan keadaan
yang tidak diingini.
"SKMM ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh atau
mempercayai kandungan serta paparan dalam media sosial," katanya dalam
catatan di laman Facebook SKMM tanpa merujuk kepada mana-mana kenyataan
khusus.
Sambil berkata mereka perlu terlebih dahulu menyemak berita-berita
berkenaan dengan sumber yang betul, beliau menegaskan bahawa SKMM
memandang serius penyebaran berita palsu di media sosial.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment