Thursday, October 15, 2015

Ambillah Dia… Kami Tak Nak Dia

UMNO langsung tidak terkesan dengan langkah Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PKR.

Malah Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor secara sinis mengalu-alukan PKR mengambil bekas bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu

Beliau menyifatkan bekas Ahli Parlimen Temerloh dan juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu sebagai orang yang ‘ bermasalah’ dan liabiliti kepada parti sepanjang masa.

Menurut Tengku Adnan BN pernah letak Saifuddin bertanding di Temerloh namun beliau kalah.

Beliau menilai kekalahan itu mengambarkan rakyat di Temerloh pun tidak mahunya.

“Jadi anda (PKR) boleh ambil dia. Kami tak nak dia. Kami tak nak semua sampah ini dalam UMNO," katanya kepada wartawan di Putrajaya petang Khamis.

Beliau diminta mengulas pengumuman Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengenai penyertaan Saifuddin dalam parti itu pada sebelah tengahari.

Saifuddin yang baru-baru ini diberi surat tunjuk sebab oleh ibupejabat UMNO kerana menghadiri acara anjuran pembangkang dakwa sertai PKR kerana pakatan pembangkang berkongsi matlamat dan cita-cita sama, iaitu memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

"UMNO tidak ada kesan bila dia pergi. Moga Allah merahmatinya dan moga Allah merahmati PKR," kata Tengku Adnan.

Mengenai dakwaan Saifuddin antara sebab tinggalkan UMNO kerana tidak puashati cara Putrajaya mengendalikan isu 1MDB dan wang RM2.6 bilion, Setiausaha Agung UMNO itu kata,” dia boleh bagi segala macam alasan tapi kita tahu menyelesaikan masalah kita,kami tidak perlu komen orang lain.”

Tengku Adnan juga menolak dakwaan Saifuddin beliau kalah di Temerloh kerana rakyat kecewa dengan UMNO.

Katanya selain soal parti,menjadi kebiasaan rakyat mahu seorang calon yang mereka suka. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment