Wednesday, October 21, 2015
Tak Bayar Parking Akan Kena Blacklist JPJ. Hanya di Pulau Pinang!!
GEORGE TOWN : Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan bekerjasama
dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menyenaraihitamkan pemilik
kenderaan yang mempunyai kesalahan berulang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan
Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata MBPP sedang memohon
kerjasama dari JPJ untuk mengambil tindakan senarai hitam terhadap
pemilik kenderaan yang mempunyai kesalahan secara berulang serta gagal
menghadirkan diri ke mahkamah.
“Kami masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak JPJ dan tindakan
itu untuk memastikan pemilik kenderaan tidak mengulangi kesalahan
mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Katanya, MBPP telah memutuskan untuk mengambil tindakan lebih tegas ke
atas pemilik-pemilik kenderaan yang gagal membayar kompaun.
“Mereka yang enggan mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tegas dan
pihak MBPP tidak akan teragak-agak untuk menunda kenderaan itu
sekiranya perlu,” katanya.
Beliau berkata MBPP telah mengambil tindakan mahkamah terhadap 3,500
pesalah trafik pada tahun lepas dan bagi tahun ini setakat 14 Oktober,
sebanyak 111,430 kompaun telah dikeluarkan untuk pelbagai jenis
kesalahan di negeri ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment