Hadi berkata, beliau tidak akan membawa usul hukum hudud ini ke Parlimen sehingga kes mahkamah berhubung pelaksanaan hudud ini selesai.
Tambah Hadi, sebaik sahaja selesai kes mahkamah, beliau akan memilih satu tarikh untuk membawa usul terbabit ke Parlimen dan akan memaklumkan perkara itu nanti.
"Kita hanya akan boleh kemukakan usul pindaan rang undang-undang berkenaan selepas proses mahkamah selesai.
"Apabila proses mahkamah selesai, kita akan pilih satu tarikh baru untuk mengemukakan usul pindaan rang undang-undang ke Parlimen nanti," kata Hadi.
Hadi sebelum ini dihalang oleh 4 individu anti hudud bagi membolehkan beliau membawa usul tersebut kedalam Dewan Rakyat bagi membahaskan dengan memfailkan injuksi dimahkamah.
Bagaimanapun, dikhabarkan 4 individu terbabit iaitu Mansoor Saat, Azira Aziz, Hasbeemaputra Abu Bakar dan Hazwany Jamaluddin merupakan ahli PKR dan DAP.
Susulan itu, Hadi mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi membatalkan injuksi tersebut.

No comments:
Post a Comment