Sebenarnya pengumuman semalam lebih mengejutkan apabila bekas Ahli Parlimen Temerloh tersebut menulis dalam akaun twitternya bahawa tidak akan sesekali keluar UMNO.
Ramai dalam UMNO dan PKR yang kecewa dengan kenyataan semalam. Akar umbi UMNO mengharapkan beliau keluar dari parti kerana sering membawa pandangan liberal. PKR pula sangat memerlukan Saifuddin seorang orator dan pemikir yang gah.
Justeru apabila akhirnya Saifuddin menyertai PKR hari ini ia merupakan satu “blessing in disguise” kepada UMNO. Kehilangan seorang bekas pemimpin yang sejak beberapa tahun ini menjadi duri dalam daging kepada ideologi parti.
UMNO sentiasa membawa jalan sederhana dalam isu agama dan kaum tidak lagi sesuai dengan pemikiran liberal Saifuddin.
Terima kasih Saifuddin Abdullah kerana menyelamatkan UMNO!!

No comments:
Post a Comment