Sunday, October 18, 2015
Tindakan Saifuddin Satu Rahmat Kepada UMNO- Ahmad Bashah
ALOR SETAR : Tindakan bekas anggota Majlis Tertinggi
UMNO Datuk Saifuddin Abdullah menyertai PKR merupakan satu rahmat kepada
UMNO, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah.
Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi dan Kepenggunaan, berkata tindakan itu tidak merugikan UMNO dan
tidak akan mengganggu-gugat kesetiaan anggota terhadap parti.
“Saya yakin kemasukan beliau dalam PKR tidak menjejaskan apa-apa
kerana anggota UMNO pandai membuat penilaian dan percaya pengikutnya
(dalam UMNO) tidak akan mengikut tindakannya menyertai PKR,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah
Kebangsaan (SK) Mergong hari ini.
Dalam majlis itu, beliau menyampaikan anugerah cemerlang kepada 553
pelajar selain merasmikan Kabin Bilik Guru bernilai RM2,000 hasil
sumbangan Perbadanan Nasional Berhad.
UMNO, menurut Ahmad Bashah, tidak memerlukan pemimpin seperti
Saifuddin, yang terbukti tidak memiliki jiwa dan semangat seorang
anggota UMNO apabila menyertai parti pembangkang.
Pada 15 Okt lepas, bekas anggota Parlimen Temerloh itu secara
rasmi mengesahkan penyertaannya dalam PKR semasa sidang media di ibu
pejabat parti pembangkang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment