Sunday, October 18, 2015
Anak Johor Diminta Bantu Beri Pandangan Penyediaan Bajet Johor 2016 – Khaled
JOHOR BAHRU : Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaed
Nordin kini sedang fokus mengumpulkan pelbagai perkara untuk tujuan
penyediaan Bajet Negeri Johor bagi tahun 2016 yang dijangka akan
dibentangkan pada Khamis, 19 November 2015, bersempena persidangan Dewan
Undangan Negeri Johor yang akan datang.
Ujarnya, banyak aspek dan pertimbangan diambil kira untuk dimasukkan dalam perancangan Kerajaan Negeri untuk Bajet Johor 2016.
“Sudah tentu, hal-hal berkaitan keperluan rakyat akan terus menjadi
tumpuan dan keutamaan untuk dimasukkan dalam perancangan termasuklah
soal kesejahteraan hidup rakyat, ekonomi, pembangunan luar bandar,
pemerkasaan wanita, penghakupayaan golongan belia dan orang muda, soal
pendidikan dan kemahiran, warisan dan budaya, serta aspek perpaduan
kaum.
“Untuk itu, saya ingin menyeru kepada semua rakyat Johor untuk
membantu saya memberikan pandangan dan buah fikiran anda semua dalam
penyediaan Bajet Johor 2016 ini. Anda boleh melakukannya melalui laman
Facebook saya iaitu www.facebook.com/MohamedKhaledNordin atau Twitter
@khalednordin dengan #bajetjohor2016 ,” ujarnya.
Adalah menjadi hasrat dan tanggung jawabnya untuk memastikan setiap
apa yang dirancang dan yang akhirnya akan dilaksanakan oleh Kerajaan
Negeri Johor benar-benar menepati kehendak dan selari dengan pengharapan
rakyat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment