Sunday, October 18, 2015
'Tony Pua Jangan Main-Main Dengan Kaum India' - PKR
PETALING JAYA : Peniaga kaum India yang sudah meniaga melebihi 15
tahun di Bazaar Hari Deepavali di Sg. Wai menolak pemimpin daripada DAP
iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ekoran pemimpin
mengusir peniaga di sini.
Bantahan tersebut disuarakan kerana Tony Pua menukar tapak bazaar yang
baru iaitu di perkarangan Sungai Way Kuil Sri Sakthi Easwari.
Setiausaha Parti Kadilan Rakyat PKR Kelana Jaya, S. Murali Subramaniam,
berkata kawasan baru tersebut tidak sesuai untuk berniaga kerana kawasan
tersebut mempunyai ramai warga asing yang bukan merupakan penganut
hindu sekaligus boleh merugikan peniaga.
"Peniaga-peniaga di sini tidak langsung diberikan sebarang notis dan
berbincang untuk menukar tempat yang baru. Tiba-tiba mereka membawa
sepanduk dengan mengatakan tempat tersebut telah ditukarkan di kawasan
yang kebanyakannya warga Indonesia.
"Alasan tersebut tidak boleh diterima pakai bagi kami kerana barangan
yang akan dijual untuk orang India, bukan Indonesia,"katanya kepada
pemberita ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Kelana Jaya, Saminathan Kitchn
berkata Tony Pua tidak perlu campur tangan urusan tersebut kerana Ahli
Majlis Pembandaran Petaling Jaya sudah menghantar memorandum.
Katanya, memorandum tersebut turut mendapat sokongan daripada 12 Datuk Bandar.
"Tony Pua jangan cuba-cuba nak kuasai negeri Selangor. Kalau dia nak kuasa sila pergi ke Penang.
"Lebih baik dia letak jawatan dan pergi Penang. DAP tidak boleh kuasai Selangor!
"Tony Pua jangan main-main dengan kaum India. Ini tidak akan berakhir
sehingga saya akan mendapat tempat berniaga di tempat lama,” tegasnya.
Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati, S.
Manikavasagam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Tony Pua yang
melebelkan Saminathan sebagai ‘Gangster’.
Katanya, Tony Pua perlu menarik balik dalam kenyataannya sebelum ini dan
menggesa supaya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali supaya masuk campur
tangan dalam hal tersebut.
"Kalau hari ini beliau boleh melebelkan Saminathan sebagai gengster, besok dia juga boleh cakap saya juga gengster.
"Esok lusa dia kata Azmin pula gengster. Jadi di sini saya tegaskan Tony Pua perlu tarik balik kenyataan itu.
"Peniaga di sini bukan minta lesen urut, lesen karoke tetapi mereka minta lesen untuk meniaga selama tiga minggu,” katanya.
Sebelum ini, Tony Pua mendakwa didatangi samseng semasa mengadakan
lawatan ke tapak bazar Deepavali baru di Kuil Sri Sakthi Easwari
bersama-sama dengan wakil rakyat negeri, Lau Weng San dan exco kerajaan
negeri, V Ganabathirao.
Beliau mendakwa Samy dan Murali merupakan individu samseng yang meyerang
beliau dengan membantah penempatan semula bazar Deepavali dari tapak
bazaar yang lama iaitu di Jalan SS9A / 13 SS9A / 12.
"Samy ini dan geng beliau membantah ganas kerana pihak-pihak tertentu
hilang periuk nasi mereka mengenakan sewa yang terlalu tinggi kepada
peniaga-peniaga dengan memonopoli gerai-gerai di tapak lama," katanya
memetik laporan facebook milinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment