Wednesday, October 21, 2015

Tunggulah Nanti Ada Yang Melompat.... Saifuddin Abdullah Dilantik Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR : Tidak sampai seminggu menjawat jawatan sebagai ahli baharu PKR, Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di lobi Parlimen hari ini.

Pelantikan bekas ahli majlis tertinggi UMNO itu sebagai ketua setiausaha sekretariat tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Wan Azizah, Pakatan Harapan akan membentuk sebuah jawatankuasa menggubal perjanjian dan dasar bersama.

Saifuddin umum keluar daripada UMNO dan menyertai PKR Khamis lalu. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment