Thursday, October 01, 2015
Ust Harun Din Dakwa Kiamat Telah Berlaku di Marikh
Ahmad Saifuddin Amran
Tahun 2, Fakulti Perubatan
Jordan University of Science and Technology
Salam. Mesti baca!! And sorry for the interruption. Ustaz Harun Din,
korang kenalkan? Dalam ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yang
menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat. Planet Marikh (planet ke-4
dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik
pada bulan September lepas. Maknanya, planet yang dekat dengannya juga
(bumi) akan bertukar arah pergerakan dia juga. Maka pada saat itu akan
terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur (tanda-tanda besar
kiamat). Ingat, matahari terbit sebelah barat, pintu taubat dah ditutup.
Tiada harapan lagi!! Maklumat ni juga telah dihentikan penyebarannya
oleh NASA kerana akan menguntungkan pihak Islam.
Tolong sebarkan untuk
kemaslahatan kita bersama. Wassalam
Khabar angin tentang dunia hampir kiamat kian bertahun lamanya
berlegar-legar di dunia maya. Atas nama menyedarkan orang ramai, ramai
antara kita tidak sedar yang sebenarnya kita telah menyebarkan
perkhabaran palsu yang sangat dilarang oleh Rasulullah SAW. Bahkan tanpa
kita sedari, hal ini boleh mendatangkan keaiban yang besar terhadap
umat Islam kerana terang-terangan meninggalkan amalan yang dianjurkan
Al-Qur’an iaitu “memastikan kebenaran berita”.
Biarpun yang mengatakannya adalah seorang alim ulama, namun tidak
semestinya setiap patah kata yang keluar dari mulut beliau adalah tepat
dan boleh diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara yang disampaikan itu
bukan dari bidang yang dikuasai. Menjadi kewajipan juga menegur
kesilapan walaupun di kalangan ulama kerana manusia tidak lari dari
melakukan kesilapan. Bukan saja pemerintah yang perlu ditegur,
kadangkala ulama juga.
Alhamdulillah, penghargaan kepada imakubex, salah seorang forumer di
portaliluvislam.com yang telah berjaya memperbetulkan kesilapan ini.
InshaAllah dalam artikel kali ini, saya akan cuba menghuraikan semudah
yang mungkin secara saintifik fenomena yang berlaku. (Saya pohon
rakan-rakan aliran fizik untuk perbetulkan kesalahan jika ada).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment