Thursday, October 01, 2015
Apa Sudah Jadi Ni..... Bacaan Ayat Suci Al-Quran Guna Pembesar Suara Di Pulau Pinang DILARANG
Menjadi kebiasaan surau dan masjid di Malaysia memasang bacaan ayat-ayat suci Al Quran sebelum masuk waktu azan.
Ini amalan biasa supaya masjid tidak sunyi ketika jemaah mula hadir untuk bersiap-siap menunggu azan dan sembayang.
Tapi kini, di Pulau pinang, kerajaan pimpinan DAP memutuskan keputusan
larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali
untuk azan dan iqamah di
Larangan tersebut akan diwartakan tidak lama lagi.
Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang
bertarikh 1 Sept lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa
Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai dan disahkan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 23 dan 24 Ogos lepas.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri
Pulau Pinang itu menyebut bahawa mesyuarat bersetuju agar Irsyad hukum
yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7
April 2011 mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan
menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau perlu ditambah baik
dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan
surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat
dan seumpamanya.
Penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.
Keputusan itu dibuat selepas perbincangan beberapa isu penting antaranya tiada kompromi bagi laungan azan di masjid dan surau.
Sejumlah 10 aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
(JHEAIPP) berkaitan penggunaan pembesar suara di masjid dan surau dari
Januari 2012 hingga Mei 2015 melibatkan pembesar suara di luar bagi
bacaan dalam solat, zikir selepas solat, ceramah atau kuliah, rakaman
Al-Quran atau zikir sebelum azan.
Mufti Pulau Pinang Datuk Wan Salim Mohd Noor ketika dihubungi Bernama
mengesahkan surat keputusan minit mesyuarat itu dan berkata ia tidak
menjejaskan kesucian dan syiar Islam malah selaras dengan nas-nas
Al-Quran dan Al-Sunnah.
Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara berdasarkan
beberapa pertimbangan terutama untuk memelihara imej agama Islam yang
mementingkan kesejahteraan hidup untuk individu serta masyarakat.
"Suka juga dinyatakan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau
Pinang membuat keputusan ini setelah berbincang panjang lebar dan
mempertimbangkan isu ini dari pelbagai sudut.
"Isu itu dibawa ke mesyuarat berkenaan setelah Jabatan Mufti Negeri
Pulau Pinang menerima beberapa aduan daripada masyarakat Islam sendiri
yang tidak tahan dengan bunyi bising pembesar suara yang dipasang dengan
volume yang sangat kuat," katanya.
Wan Salim berkata proses pewartaan larangan itu akan mengambil masa
antara dua hingga tiga bulan iaitu ia akan dibawa kepada Jabatan
Penasihat Undang-undang Negeri dan mesyuarat exco kerajaan negeri
terlebih dahulu sebelum dimohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata JHEAIPP akan mengadakan beberapa sesi penerangan kepada
ahli-ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri ini
mengenai perkara itu agar mereka dapat menjelaskan kepada masyarakat
Islam di qaryah masing-masing.
"Semoga dengan cara sedemikian isu itu tidak disalah faham oleh orang
ramai dan tidak menimbukan kekecohan yang berpanjangan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment