Monday, October 19, 2015
Wakil Rakyat Lompat Parti Umpama 'Monyet' - Hadi
KOTA BHARU : Jika sebelum ini mereka digelar 'katak', namun kini kumpulan
wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk sebagai 'monyet' oleh
oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain
setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.
Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah
Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang
tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."
"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak
memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai
buah-buahan.
"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan
cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di
sini, Sabtu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment