Sunday, October 18, 2015
Wayang Saja Lebih Ni.... Tamat Mogok Lapar Sebab Ulser Perut Atau Cabaran Tak Dilayan??
Semalam, media ada menyiarkan tentang bekas Setiausaha Politik mantan
Perdana Menteri, Matthias Chang yang menamatkan mogok laparnya setelah
hampir seminggu tidak makan, selain ‘menogok’ air kosong dan
ubat-ubatannya.
Namun, di sebalik laporan tamatnya mogok lapar Matthias itu, penulis
melihat terdapat percanggahan yang agak ketara di antara laporan
Malaysian Insider (TMI) dan mStar, khususnya tentang sebab peguam itu
menamatkan mogoknya semalam.
Menurut TMI, Matthias mengakhiri mogok laparnya semalam apabila tiada
pemimpin Umno menyahut cabaran dan dia tidak mengalami sebarang
kecederaan serius ketika melakukan aksi mogok lapar selama seminggu itu.
TMI turut menulis bahawa Matthias percaya bahawa Allah memeliharanya ketika melakukan mogok lapar tersebut.
Tapi, kenyataan Matthias di laman blognya itu bertentangan sama sekali
dengan kenyataan yang dibuat oleh peguamnya, Mohd Akmal Afiq,
sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita, mStar, semalam.
Tulis mStar, Mohd Akmal menjelaskan bahawa Matthias telah menamatkan
mogok laparnya pada hari Rabu lalu atas nasihat doktor di Penjara Sungai
Buloh, selepas dia dikatakan telah mengalami pendarahan dan ulser
perut.
Apabila penulis merujuk pada laman blog Matthias, futurefastforward.com,
memang benar dia ada kata begitu. Cuma, TMI hanya menyiarkan kenyataan
‘berpilih’ Matthias, kononnya bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir
yang beragama Kristian Katholik itu ‘percaya’ pada Allah.
Tapi TMI tidak pula menyiarkan kenyataan penuh Matthias tentang
kepercayaannya yang lain di mana secara retorik politiknya menunjukkan
bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri itu sememangnya bijak
‘bermain kata’;
“Although a Catholic, he believes that Allah will also protect and care
for him. Although a Catholic, he believes that Mother Kali will protect
and care for him and destroy all evil doers of the Najib Regime.
Although a Catholic, he believes that all Taoist Deities will bless and
protect him,”
Pada pandangan penulis, laporan dari mStar lebih berkreadibiliti
berbanding TMI berhubung isu ini. Bukanlah penulis mahu
merendah-rendahkan portal pro-pembangkang itu, namun penulis lebih
percaya pada Mohd Akmal dan doktor penjara Sungai Buloh.
Cuma apa yang penulis kesalkan ialah tentang sebab sebenar Matthias
berhenti mogok lapar. Jika sakit, mengalami pendarahan dan ulser perut,
maka tulislah begitu di dalam blog. Tidak perlulah menipu dengan retorik
poyo yang menjengkelkan.
Tembelang atau tidak, insiden ini sebenarnya telah menyebabkan penulis
memandang rendah pada kredibiliti Matthias. Selepas ini penulis takkan
percaya pada penganut Kristian Katholik itu yang memperguna nama ‘Allah’
untuk menarik simpati dan sokongan dari kaedah retorik politik.
Jika benar percaya pada Allah, peluk Islamlah! Tidak perlulah perguna
nama Allah sebegitu untuk tunjuk baik di khalayak umum, kan? Siapa
agaknya yang ajar Matthias buat perangai begini? Mantan itukah? Patut
pun….
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment