Tuesday, January 05, 2016

Apa Pandangan Anda!!!! Surat Bapa Benarkan Anak Dirotan Guru Jadi Viral

Surat seorang lelaki membenarkan anaknya didenda atau dirotan oleh guru sekolah tersebar secara viral di laman sosial.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Johari Hashim merupakan bapa kepada Lisa Qaisara Johari, pelajar SK Bandar Bukit Mahkota.

Beliau memberi keizinan kepada guru sekolah berkenaan merotan dengan hukuman setimpal sekiranya dia melakukan kesalahan atau tidak mendengar kata.

“Asal tidak patah tulangnya, buta matanya atau cacat anggotanya, saya benarkan. Saya ucapkan terima kasih buat cikgu-cikgu yang akan mendidik anak saya sehingga berjaya dia nanti. InsyaAllah,” tulis Johari.

Surat itu kemudiannya ditandatangani oleh Johari sendiri sebagai tanda bersetuju. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment