Monday, January 25, 2016
DAP Jadi “Hantu Cina” Takutkan Kaum Cina Isu Kaum dan Agama – Dr Najmil
KUALA LUMPUR : Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Datuk Dr
Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan pemimpin Dap yang mendakwa
UMNO sebagai momok bagi menakut-nakutkan orang Melayu terhadap dasar dan
ideologi politik perkauman parti tersebut dan menyifatkan kenyataan itu
tidak berpaksi kepada realiti sebenar.
Menurut beliau, hakikat yang sebenarnya parti tersebutlah yang menjadi
hantu cina yang menakut-nakutkan kaum Cina dengan dakwaan bahawa UMNO
adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap rasisme terhadap bangsa lain,
khususnya kaum Cina.
“Saya lihat kenyataan ini sebagai satu usaha untuk menyalahkan UMNO
dalam isu perkauman yang tercetus di negara ini, sedangkan hakikatnya
Dap lah yang menjaja isu perkauman ini sebagai senjata mereka untuk
menarik sokongan kaum Cina.
dr najmil2“Jika UMNO benar-benar sebuah parti rasis mana mungkin hari
ini ramai dari golongan Cina dan bangsa lain yang menjadi jutawan di
negara ini. Jika UMNO bersikap rasis dalam pemerintahannya mana mungkin
ada ramai menteri di kalangan bukan Melayu di negara ini.
“Jadi dalam hal isu perkauman ini, bukanlah UMNO yang menjadi puncanya
sepertimana tuduhan pemimpin Dap itu tetapi ianya disebabkan tindak
tanduk kepimpinan Dap sendiri yang seringkali memainkan isu-isu sensitif
seperti kaum dan agama sebagai modal dan senjata politik mereka,”
tegasnya.
Tambahnya lagi, pemimpin Dap perlu sedar bahawa UMNO tidak perlu menjadi
momok untuk menakutkan bangsa Melayu untuk mewujudkan persepsi bahawa
parti Dap mengamalkan rasisme, tetapi persepsi itu wujud dengan
sendirinya di kalangan bangsa Melayu setelah melihat tindak tanduk dan
kenyataan pemimpin Dap itu sendiri.
“Seperti biasa pemimpin Dap akan cuba meletakkan kesalahan mereka itu di
atas bahu orang lain. Begitu juga dalam isu perkauman, agama dan
sebagainya ini.
“Dap hari ini sedaya upaya untuk menghilangkan persepsi mereka sebuah
parti rasis yang berasaskan kepentingan satu kaum sahaja tetapi dalam
masa yang sama kenyataan dan tindak tanduk kepimpinan Dap tidak
memperlihatkan parti itu mesra orang Melayu dan Islam.
“Tetapi mereka mungkin lupa bahawa selama ini cukup banyak
kenyataan-kenyataan dari kepimpinan Dap yang mempertikaikan hak-hak
keistimewaan orang Melayu dan pelaksanaan Islam di negara ini yang cukup
memgguris hati orang Melayu secara keseluruhannya, “ujar beliau.
Justeru itu beliau meminta pemimpin Dap agar tidak menyalahkan parti
lain khususnya UMNO berhubung isu ketegangan antara kaum kerana
hakikatnya merekalah yang menjadi punca utama mengapa isu perkauman di
negara ini boleh timbul.
“Dap boleh cakap apa saja dan cuba meletakkan kesalahan di atas bahu
orang lain tetapi realiti dan hakikat sebenarnya, rakyat nampak dan tahu
permainan politik Dap yang gemar menjadikan soal kaum dan agama sebagai
modal politik mereka.
“Isu perkauman dan Dap sememangnya sudah sinonim dan tak dapat
dipisahkan. Perkara ini bukan baru malah sejak berlakunya peristiwa
hitam 13 Mei sebahagian besar orang Melayu sudah sedar permainan politik
perkauman Dap yang amat bahaya untuk perpaduan kaum di negara ini,”
jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment