Tuesday, January 05, 2016
Kementerian Pendidikan Buat Laporan Polis... Patut Dibuang Saja Orang Macam Ni Kementerian Pendidikan Buat Laporan Polis.. Patut Dibuang Saja Orang Macam Ni
PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan membuat satu laporan polis
di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini, hari ini
berhubung isu kebocoran data peribadi pelajar sekolah yang didakwa
digunakan pihak luar untuk tujuan pemasaran.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan
Abdullah Mad Yunus berkata, kementerian meminta pihak polis menyiasat
lanjut samada ia bocor berpunca dari kerja orang dalam atau sebab lain.
Katanya, pihaknya menerima laporan mengenai kebocoran data itu pada 30 Disember tahun lalu menerusi pendedahan dibuat akhbar.
“Kementerian sudah mengadakan satu mesyuarat mengenai perkara itu bagi
melihat sebarang kemungkinan dan punca kebocoran maklumat penting itu,”
katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Putrajaya, di sini.
Katanya, data berkenaan sentiasa berada dalam sistem pengurusan sekolah
dan tidak sepatutnya data itu diperolehi sama ada oleh orang awam atau
pihak lain.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment