Monday, January 25, 2016
Inilah Dikatakan Biadap.... Isu Kedaulatan Institusi Diraja Dianggap Remeh Oleh PAN
Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah membayangkan isu membabitkan
kedaulatan institusi diraja, adalah satu isu yang sia-sia dan tidak
wajar diberi keutamaan oleh kerajaan.
Timbalan Ketua PAN Perak, Mohd. Fitri Asmuni berkata, kerajaan Perak
sepatutnya memberi lebih tumpuan ke atas kos sara hidup oleh rakyat
negeri itu daripada mengambil berat isu seperti itu.
“Pemuda PAN Perak merasakan sidang media oleh Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Zambry Abd. Kadir tidak membangkitkan isu utama yang sedang
melanda rakyat Perak iaitu peningkatan kos sara hidup.
“Bagi Pemuda PAN Perak, isu yang dibangkitkan oleh Zambry baru-baru ini
tentang pertabalan seorang individu sebagai ‘Maharaja Kinta’ pada
November lepas adalah suatu tindakan yang sia-sia, dan tidak sewajarnya
diberikan keutamaan oleh beliau,” katanya.
Mohd. Fitri berkata, isu tersebut cukup diserahkan kepada pihak Polis dan mana-mana pihak yang berkaitan untuk menyelesaikannya.
“Kadang-kadang tindakan Zambry tersebut cukup memualkan dan memalukan.
Beliau sewajarnya bertindak sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya
sebagai Ketua Polis Perak,” dakwanya.
Zambry pada 20 Januari lalu menyifatkan pertabalan seorang individu
sebagai ‘Maharaja Kinta’ pada November lepas, sebagai mengarut selepas
diminta memberi komen tentang perkara itu oleh pemberita.
Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh
dengan tawaran pingat atau darjah kebesaran oleh individu yang tidak
bertanggungjawab, dan tidak diiktiraf kerajaan.
Media sebelum ini melaporkan, mengenai seorang individu yang ditabalkan
sebagai ‘Maharaja Kinta’ dengan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia Datuk
Seri Paduka Diraja’ dalam satu majlis di Selangor hujung tahun lalu.
Upacara pertabalan mirip istiadat pertabalan raja-raja seperti istiadat
bersiram. serta istiadat penganugerahan darjah dan pingat yang membawa
gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment