Monday, January 04, 2016
Majoriti Cerita Beban Kos Sara Hidup Di FB Adalah Palsu
Bila buka sekolah saja, macam-macam ceritalah begentayangan di media
sosial, nak nak di Facebook. Tukang karut makin kreatif dengan
cerita-cerita macam ni, peliknya semua dengar cerita orang, bukan dia
sendiri pun yang terlibat dalam kisah itu.
Ada sedikit yang dakwa dia terlibat (macam posting) di atas, tapi boleh
dipertikai kesahihannya. Macam posting di atas, menurut siasatan, akaun
itu pun dah ditutup (atau ditukar nama) dan posting berkenaan dah
dibuang, tapi ada juga yang percaya sungguh-sungguh kisah itu benar.
Ambik screenshot dan sebar merata, hujung pangkal cerita, entah.
Semalam budak 14 tahun dah kantoi menipu, yang ini, sakit jiwa mana pulak yang cuba menipu.
Motif penceritaan macam ini seperti biasa, nak cari salah kerajaan.
Semua benda pun kerajaan kena tengok, yang susah dan tahu akan
kesusahan itu, tak tahu pulak nak mencari bantuan dimana, itu yang
pelik.
Bukan nak mengatakan tidak ada orang susah langsung di Malaysia ni tapi
itulah gunanya bidup bermasyarakat. Jangan tengok apa peranan kerajaan
semata-mata, tengok apa peranan masyarakat setempat dulu. Kalau bukan
jiran-jiran, keluarga dan sebagainya. Tanya yang ini dulu dah bergerak
ke belum, bukan terus maki kerajaan.
ADUN dan wakil rakyat itulah gunanya.
Kalau berdondon-dondon ke pusat membeli belah atau melancong ke luar
negara tu kang, tak pulak cerita pasal kerajaan? Hidup senang kerajaan
tak terkait, bila susah, semua kerajaan punya pasal, apa gila pemahaman
macam ini?
Ada jugak yang marah bila kesesakan di pusat membeli belah ni dijadikan
contoh rakyat sebenarnya hidup selesa, memanglah itu ukuran paling
mudah, yang persoal tu ada bukti ke berdondon-dondon orang hidup
melarat?
Kita semua tahu banyak ruang untuk orang yang tidak berkemampuan
mendapatkan bantuan – dalam hal bukak sekolah ni saja ada banyak, zakat
dan sebagainya. Kerajaan pun ada bagi bantuan persekolahan khusus untuk
keluarga berpendapatan rendah RM 100 seorang anak. Sekolah sendiri
boleh main peranan, bukan cerita baru ada mak bapak tanggunh bayar
yuran, zaman berzaman pun perkara ini berlaku.
Jadi janganlah cerita macam semua peluang tertutup sangat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment