Monday, January 04, 2016
Pegawai KKM Kutuk TPM Hadir Program Selawat.... Orang Ni Macam Tak Perlu Ada Dalam Kerajaan.. Pegawai Pulak Tu
Kebaikan yang kita dapat selalunya dari penggunaan media sosial adalah banyak sekiranya ianya digunakan pada jalan yang terbaik.
Meletakkan komen dalam satu status peribadi yang di muatnaik secara
waras serta sedar ia boleh diviralkan sekiranya apa yang dikomen
melebihi had yang sepatutnya.
Penjawat awam biasanya terlupa bahawa mereka sebenarnya terikat dengan
peraturan dan disiplin yang ditetapkan selari dengan akujanji yang telah
diikrarkan ketika mengangkat sumpah memegang jawatan.
Tandatangan yang diturunkan adalah bersifat rasmi dan apabila penjawat
terlupa apa yang pernah diakurkan sepanjang memegang jawatan, maka
masalah yang lain biasanya akan mengikuti jejak tugas mereka yang
seterusnya.
Artikel ini bukan bersifat mengugut tetapi sekadar memperingatkan
tentang soal berpegang kepada janji kerana itu hak yang kita mesti
berikan kepada yang berhak. Janganlah kita hanya tekun memperjuangkan
hak kita tetapi sengaja mengabaikan hak yang sewajibnya ditunaikan.
Terkini, viral komen seorang penjawat awam yang berkhidmat di
Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan komen menyindir program
Majlis Solat Hajat Dan Selawat sempena tahun baru 2016 yang lalu dalam
satu posting FB oleh pengguna yang lain.
Program yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri
Ahmad Zahid Hamidi dengan diiringi Menteri Wilayah Persekutuan Dato’
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan ribuan rakyat pelbagai ideologi yang
hadir bersatu dalam satu baju untuk mengimarahkan majlis tersebut.
Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Sunat Isha’a dan solat hajat.
Malangnya komen yang ditulis oleh penjawat awam berkenaan seperti sudah
mencapai kelayakan seperti seorang nabi untuk mengeluarkan hukum
bersandarkan nafsu dan akal singkatnya sahaja.
Inilah kesannya apabila buta mata hati, apa jua usaha kebaikan yang
dilakukan kerajaan tetap akan disindir dengan keburukan. Entahlah ajaran
agama dan mazhab mana yang ada dalam dirinya.
Dengan menggunakan nama Zulaimy Omar mengikut catatan di akaun FB
peribadinya sebagai berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia
dengan selamba melemparkan tohmahan dan prasangka buruk terhadap apa
yang dilaksanakan pada program Majlis Solat Hajat Dan Selawat Sempena
Tahun Baru 2016 itu melalui satu komen yang amat prejudis.
Beliau menulis komen menggambarkan seolah-olah apa yang dilakukan ribuan
manusia yang hadir pada malam tersebut sebagai LAKONAN semata-mata dan
pada komen seterusnya beliau dengan sombongnya menyatakan komennya yang
ditujukan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu “hari ni selawat……esok
lawan perintah Allah….”.
Wah! Semudahnya berkata sedemikian persis Nabi SAW menyatakan sesuatu
perintah atau hukum dalam sabda Baginda. Atas asas apa yang membolehkan
beliau menjadi penghukum sehebat itu?
Mengikut rekod, Zulhamy bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah di Presint
9, Putrajaya sebagai penolong pegawai perubatan di situ. Bayangkan
dengan lokasi begitu hampir dengan pejabat TPM di Putrajaya pun beliau
amat berani menyindir serta menghukum dengan persepsi sama seperti
netizen lain yang berkiblatkan pembangkang, kita sudah boleh menjangka
apa yang mampu dilakukannya sekiranya diberikan kuasa lebih tinggi
selepas ini.
Mungkin memaki perdana menteri? Tidak mustahil kan? Itu cara hakiki
mereka dan fatwa memaki hamun sendiri pernah diperjelaskan keharusannya
oleh ulama yang mereka sanjungi dulu.
Apa pula tindakan khusus dari KKM yang merupakan majikan utama kepada Zulhamy ini?
Tidakkah catatan beliau menyanggah peraturan dan etika sebagai penjawat awam seperti mana yang termaktub dalan Perintah Am?
Apakah KKM mahu membiarkan begitu sahaja parasit pro pembangkang kekal
berada dalam KKM dan seringkali laju mengambil tindakan kepada mereka
yang setia dengan kerjaan sekiranya melakukan kesalahan yang sama?
Kenapa perlu takut?
Apakah di KKM sendiri ada dalam kalangan tertinggi pro pembangkang yang
bersembunyi sebalik topeng pegawai kerajaan yang setia tetapi dalam
diam-diam mengambil tindakan hanya kepada pegawai yang cenderung
sokongan kepada kerajaan sahaja?
Situasi seumpama ini boleh dilihat di negeri yang dikuasai pembangkang,
di mana rata-rata parasit pro pembangkang hanya kan menunjukkan belang
mereka sebaik negeri tersebut dikuasai pembangkang selepas menang dalam
pilihanraya umum atau negeri. Lagak mereka sama seperti cara yang sedia
lama Yahudi mainkan di sebalik pemerintahan negara tertentu di dunia.
Elakkan KKM dari terus menjadi sarang pembangkang.
Menteri atau Timbalan Menterinya perlu serius memandang hal seperti ini.
Kegagalan menangani parasit pro pembangkang yang ada akan menyebabkan
banyak rahsia sulit kerajaan akan terlepas infonya ke tangan
pembangkang.
Info tersebut nanti tanpa segan silu akan digunakan mereka bila waktu ‘berperang’ nanti.
Tidak hairan kalau ketika masih berkuasa pun, seorang pegawai di
peringkat rendah berani sebegitu rupa untuk menyumpah perbuatan baik
dalam satu majlis yang murni yang melibatkan orang kedua tertinggi dalam
kerajaan, maka takkan terkejut nanti kalau menteri dan timbalannya pun
dimaki sama kalau ada sesuatu isu kontroversi yang keluar berkaitan
kementerian satu hari nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment