Tuesday, January 12, 2016

Pening Kepala Azmin Nak Agih Kerusi DUN Untuk Rakan Sekutu Di Selangor

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/azmin-ali_slgor_pkr_600.jpg
Nampak gayanya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertambah pening untuk mengagihkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, apabila DAP, Pas dan Parti Amanah Negara (PAN) masing-masing meminta kuota lebih untuk bertanding.

Mana tidaknya, Pas awal-awal lagi telah mengumumkan mahu bertanding lebih 5 kerusi DUN Selangor pada PRU akan datang berbanding PRU sebelum ni, di mana Pas hanya bertanding di 20 kerusi DUN Selangor.

Sebelum itu, DAP yang menjadi parti 'abang long' dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) juga, telah memaklumkan bahawa parti cina kiasu itu akan bertanding di semua kerusi milik Pas dan kerusi yang ditanding Pas.

Manakala, PAN yang tidak sampai setahun penubuhannya dan tidak mempunyai sokongan juga telah meminta kerusi untuk bertanding, malah mahu bertanding lebih banyak kerusi DUN dan Parlimen di Selangor.

Mau tak pening si Azmin ni nak agihkan kerusi DUN dan Parlimen di Selangor.... Yang Pas nak lebih 5 kerusi, yang DAP pula nak bolot semua kerusi kecuali kerusi milik PKR dan yang tak tahan PAN pun nak juga.

Rasanya lebih baik Azmin bagi je sama rata antara Pas, DAP dan PKR... Kalau nak bagi juga kerusi kat PAN, biar parti cina kiasu saja yang bagi sebab parti Mat Sabu tu merupakan adik kepada DAP.

Lagipun, rasanya tak berbaloi kalau nak agih kerusi kat PAN... Bak kata orang, buat rugi masa dan duit je bagi peluang kat PAN bertanding dalam PRU akan datang sebab parti itu sendiri tiada hala tujuan.

Lagi satu, kalau boleh minimumkan kerusi untuk DAP bertanding untuk elak kekalahan memalukan... Maklum sajalah, pengundi khususnya umat Melayu dah muak dengan parti cina kiasu yang lupa diri tu.

Bukan tu saja, pengundi umat Melayu pun dah tahu DAP sebuah parti anti Melayu/Islam dan mahu menolak pentadbiran negara berlandaskan syariah Islam di negara ini, sepertimana yang berlaku di Singapore.

Jadi, pandai-pandailah Azmin mengagihkan kerusi DUN... Jangan sampai kena tikam belakang dengan DAP sudahlah ye.... Faham-faham jelaa DAP sekarang ni dah ada PAN untuk menawan Putrajaya... Hahaha....

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

1 comment: