Monday, January 25, 2016
Siapalah Mamat Ni.... Bengong Inilah Dikatakan Pendek Akal
SEKTOR SWASTA Menaja Pelajar BUKANLAH ISU BARU!
Syarikat swasta memberi tajaan kepada pelajar-pelajar atau mahasiswa
bukanlah isu baru dalam negara ini. Sejak tahun 60-an lagi, syarikat
swasta seperti Shell mahupun Esso (kini bertukar kepada Petron) telah
pernah memberi tajaan kepada para pelajar atau mahasiswa.
Sebenarnya, tajaan kepada pelajar dan mahasiswa dimulai oleh kerajaan
sejak awal kemerdekaan agar supaya ramai rakyat negara ini mendapat
pendidikan dan ilmu pengetahuan yang cukup bagi maksud untuk tujuan
pembangunan negara.
Perlu diketahui bahawa, tiada syarikat atau kerajaan boleh diurus tanpa modal insan yang berpengetahuan.
Untuk makluman pembaca, mereka yang mempergunakan isu penajaan pelajar
atau mahasiswa sebagai isu politik yang sebenarnya kurang bermaklumat
atau pengetahuan berkaitan penajaan di negara ini. Sebenarnya, jika
disenaraikan terdapat puluhan syarikat swasta sejak sekian lama telah
bertindak menaja para pelajar atau mahasiswa baik belajar dalam negara
mahupun luar negara.
Sebagai contoh seperti Malayan Banking Berhad (Maybank), Sime Darby,
Petronas, Shell, IOI Group, Hap Seng, UMW dan berbagai syarikat lagi
yang memberi penajaan.
Kenyataan salah seorang pembantu Menteri Sabah meminta agar lebih banyak
syarikat swasta memberi tajaan kepada para pelajar sebenarnya merupakan
tindakan tepat untuk menjamin kesinambungan modal insan yang diperlukan
oleh pihak-pihak swasta demi kelangsungan perniagaan mereka.
Apa yang tidak dijelaskan oleh mereka yang mengkritik soal-soal penajaan
oleh pihak swasta bahawa setiap ringgit yang dikeluarkan oleh
syarikat-syarikat itu diambil kira dalam pembayaran cukai syarikat. Ini
bermakna jika tidak memberi tajaan pun, wang sejumlah tajaan akan juga
keluar daripada akaun syarikat atas sebab perlu membayar cukai.
Mungkin MP Penampang, Darell Leiking pura-pura tidak tahu atau mahu
mengelirukan rakyat bagi tujuan politik di mana penajaan swasta dalam
bidang pendidikan disembunyikan. Manakala kenyataan MP itu seolah-olah
seluruh penajaan dilakukan oleh kerajaan. Benar?
Tiada dalam dunia ini bahawa pendidikan sepenuhnya ditaja oleh kerajaan
melainkan pendidikan itu sendiri merupakan produk daripada kerajaan dan
swasta.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment