Thursday, January 14, 2016
Siapa Tu Kalau Bukan BARUA MELAYU..... DAP Perkenal Bakal Calon Melayu Di Kawasan PAS
KUALA LUMPUR : DAP yang kini berdepan dengan peningkatan kemarahan kaum
Melayu bakal memperkenalkan calon Melayu mereka untuk pilihan raya akan
datang di antaranya Young Syefura Othman, Dr Abdul Aziz Bari, Edry
Faizal Eddy Yusof, Sheikh Omar Ali dan Abdul Aziz Isa.
Difahamkan, Aziz Isa mungkin paling awal diumumkan DAP sebagai calon
kerana akan bertanding di salah sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri
(DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangkakan pada Mac
akan datang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan
selewat-lewatnya 2018, parti pembangkang majoriti Cina itu bakal
menamakan bekas aktivis PAS Sheikh Omar sebagai calon di Johor.Beliau
kini memegang jawatan sebagai penolong setiausaha publisiti DAP Johor.
Aziz, pensyarah undang-undang Universiti Industri Selangor (Unisel)
dijangka dinamakan DAP sebagai calon DUN di kawasan Ampang,
Selangor.Beliau dijangka akan diumumkan sebagai salah seorang ahli
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak lama lagi.
DAP tahun lalu mengumumkan bakal bertanding di 8 daripada 15 kerusi PAS
di Selangor pada PRU14. DAP memilih 8 kerusi ini kerana ia merupakan
kawasan campuran.
Kerusi DUN Taman Templer dan Dusun Tua pada ketika ini disandang calon
PAS Zaidy Talib, yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco)
Selangor dan Razaly Hassan. Kedua-dua mereka merupakan ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) penggal pertama.
Young Syefura yang lebih dikenali sebagai Rara dilantik sebagai
penyelaras DAP untuk DUN Dusun Tua, di bawah Parlimen Hulu Langat pada 3
Disember lalu sementara Edry dilantik sebagai penyelaras bagi DUN Taman
Templer di bawah Parlimen Selayang.
Sebagai penyelaras, kedua-dua mereka merupakan wakil rasmi DAP untuk
kawasan berkenaan. Secara tradisinya, DAP meletakkan penyelaras sebagai
calon pilihan raya jika mereka berkhidmat dengan baik.
Rancangan ini didedahkan selepas DAP menjadi sasaran kemarahan
Melayu-Islam menurut Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati dua
pertiga responden dalam tinjauan mereka merasakan parti itu anti Islam,
anti Melayu dan hanya menjaga kepentingan Cina.
Kajian itu dilakukan pada November terhadap 1,716 responden Melayu di
Selangor dan peningkatan sentimen anti DAP sebahagian besarnya
disebabkan serangan Umno dan PAS.
Sesetengah yang dikenal pasti sebagai bakal calon bagaimanapun tidak mahu mengesahkan lagi pemilihan mereka.
Rara yang terlatih sebagai jururawat menolak untuk dinamakan sebagai
bakal calon kerana sehingga kini persoalan kerusi belum lagi diputuskan
pimpinan Pakatan Harapan.
“Kami bukan calon tetapi dilantik DAP untuk memberikan khidmat di
kawasan ini,” kata Rara yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Selangor.
Ketika ditemui, Rara menunjukkan dalam begnya penuh dengan kalender
tahun baru yang memperlihatkan wajahnya bersama pemimpin DAP lain untuk
kawasan Parlimen Hulu Langat.
“Saya akan ke pasar malam di Dusun Tua malam ini untuk mengedarkan
kalendar dan risalah ini.
Inilah kerja kami sekarang,” kata Rara yang
sebelum ini menghabiskan kira-kira 6 bulan membantu penduduk Kampung
Pasir Tumbuh, Gua Musang yang teruk dilanda banjir pada 2014.
Apabila DAP melancarkan Impian Kelantan untuk membantu mangsa banjir
besar di sana awal 2015 lalu, Rara dilantik sebagai penyelaras Impian
Kelantan.
Setiap minggu Rara akan membawa sukarelawan dari Kuala Lumpur turun ke
pedalaman Gua Musang itu untuk membuat kerja-kerja membantu mangsa
banjir.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment