Tuesday, January 12, 2016

Sudah tidak Berguna Lagi, Hadi Awang Disaran Untuk Letak Jawatan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/09/zainuddin.jpg
Bak kata orang kalau pisau tumpul boleh di asah bagi tajam, tapi kalau pemikiran ‘tumpul’ memang agak susah laaa nak asah. Tambah-tambah bila usia dah lanjut, jadi susah sikit nak terima cara pemikiran yang baru.

Oleh itu Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menyarankan alangkah bagusnya jika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletak jawatan dan memberi laluan kepada golongan muda untuk menggantikan tempatnya sebagai ketua parti. Ini kerana Hadi Awang dilihat seperti sudah tidak mampu berbakti dalam parti.

Tindakan tersebut juga bagi membuka ruang serta memberi nafas baru kepada parti Islam, yang kini dilihat semakin lapuk dan ditelan zaman. Iyela, macam mana parti nak maju kalau pemikiran masih mundur. Lagi empat tahun negara menjelang tahun 2020, tapi Pas masih lagi ketinggalan.

Zainuddin percaya sekiranya golongan muda Pas diberi kepercayaan tersebut, maka satu perubahan drastik dalam parti Pas bakal menjadi kenyataan. Pas yang pernah dicampak keluar pastinya akan dikutip kembali sekiranya dilihat berpotensi.

“PAS akan lebih menarik sebagai parti alternatif orang Melayu sekiranya Hadi berundur walaupun kedudukannya tidak seburuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malah peletakan jawatan akan menampakkan keikhlasannya kepada rakyat bahawa beliau lebih mementingkan pemulihan PAS daripada kepentingan diri,” tulisnya di blog zamkata.blogspot.com.

Bagi pendapat Zainuddin, Pas mempunyai ramai pemuda-pemuada yang bijaksana dan berkaliber. Jadi tidak salah sekiranya Hadi Awang yang sudah tidak berguna itu, memberi peluang kepada mereka yang lebih bersih dan berintegriti.

Tambah Zainuddin, dia mendakwa sekiranya Hadi Awang berbuat sedemikian maka Pas akan menjadi lawan terbesar kepada UMNO. Iyekeee?? Kononnya UMNO kini sudah tidak kuat dan mula goyah, jadi ini adalah peluang bagi Pas untuk mengalahkan UMNO.

Jika kita tafsirkan, walaupun Pas berubah corak kepimpinannya pengaruh dan kuasa yang dimilikinya, Pas tidak standing UMNO. Pas hanya satu parti kecil di mata UMNO, dengan Pakatan Harapan sahaja Pas tidak mampu kalahkan inikan pula UMNO.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment