Tuesday, January 05, 2016

Tahun 1995 Saya Bodoh, 2015 Saya Dianggap Bijak

http://cdn.warungsatekamu.org.s3.amazonaws.com/wp-content/uploads/2014/image-sr/ODB_151214.jpg

Saya ada seorang kawan pada tahun 1995 dia telah ke kuala lumpur berbekalkanRM 20 ribu hasil dari wang pampasan pengambil alihan tanah untuk buat sebuah Empangan di negeri saya. Dia telah membeli 4 buah rumah flat lelong di kawasan AU3 Keramat dengan membayar 10 % deposit dan selebihnya dia pinjam dari bank.

Beliau tinggal di salah sebuah rumah flat tersebut dan 3 buah lagi disewakan sebanyak RM 250 sebulan mengikut keadaan pasaran ketika itu hanya cukup untuk bayar bulanan pinjaman bank tersebut.

Habis duit simpanannya dan berhutang dengan bank sebanyak 152 ribu untuk 4 buah rumah tersebut . Satu kampung bodohkan dia kerana banyak hutang.

Pada tahun 2005 harga sewa mula naik dia dapat sewakan rumahnya RM400 sebulan dan beliau ada lebihan RM 600 sebulan hasil. Hasil dari lebihan duit tersebut beliau beli kereta kancil 2nd hand harga RM 15 ribu. Wang lebihan sewa rumahnya cukup untuk bayar pinjaman dan selenggara kereta tersebut.

Pada tahun 2009 dia bernasib baik kerana ada sebuah rumah teres yang dilelong di kawasan Puchong dengan harga RM 100 ribu. Beliau bayar 10% dan hutang bank RM 90 ribu. Beliau bayar ansuran bulanan RM 600.

Hasil dari rumah sewa yang dulu 4 x RM 400 = RM 1600 cukup untuk bayar bulanan 4 buah flat 250 x 4 (RM 1000) dan RM 600 untuk rumah baru yang dibelinya Tahun 2015, 20 tahun kemudian 4 buah rumah flatnya disewa dengan harga RM 600 sebulan ini mendatangkan hasil RM 2400 sebulan. Rumah yang dibeli nya pada tahun 2009 sudah disewa dengan harga RM 900 sebulan.

Hutang RM 152 ribu telah habis di bayar. Jumlah rumah flat tersebut hari ini ialah RM 120 ribu sebuah. 4 x RM 120 ribu = RM 480 ribu.

Orang kampung yang mengatakan dia bodoh dulu masih di tapak lama!

Dipetik dari Facebook: Johari Ishak

Moral : Biar orang ketawa anda jika anda percaya pelaburan anda ada masa hadapan. Jika gagal pun anda gagal mencuba. Jika berjaya anda boleh ketawa kepada mereka yang ketawakan anda hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment