Thursday, January 14, 2016
Tony Pua, Rafizi Memang Kedua Dua Kaki Kelentong
Kalau laporan atau hal-hal yang buruk serta negatif mengenai kerajaan
Malaysia, pembangkang `tentu’ percaya. Jika perkara itu positif,
terbentang dan terbukti di depan mata, waima apa pun, akan dicarilah
alasan yang bukan-bukan untuk menidakkannya. Bukan sahaja menidakkan,
cari fakta pula dan `dispin’ seolah-olah `fakta’ itu benar dan kemudian
disensasikan.
Namun apabila laporan Bloomberg pada 11 Januari 2016 ini memaparkan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bakal berada di tangga
ke-13 paling tinggi di dunia untuk sepanjang tahun ini, apa agaknya
akan diperkatakan puak-puak pembangkang ini?
Agensi berita perniagaan itu menyatakan, KDNK Malaysia pada tahun ini
dijangka mencapai pada kadar 4.5 peratus, menunjukkan satu prestasi yang
masih baik dan memberangsangkan.
Bahkan menurut Bloomberg lagi, di sebalik harga minyak mentah global
jatuh 75 peratus daripada AS$110 kepada hanya AS$30 setong, Malaysia
diunjurkan amat mustahil untuk jatuh muflis atau langsung menjadi negara
ekonomi yang gagal sama sekali.
Dengan peluang kemelesetan ekonomi Malaysia dianggarkan 10 peratus
sahaja, Bloomberg ironinya menjangka dua negara yang dianggap
pembangkang Malaysia konon sebagai ekonomi contoh iaitu Taiwan dan
Ukraine sebaliknya diunjur akan mengalami kegawatan iktisas
masing-masing 55 dan 60 peratus.
Pada masa sama, Bloomberg menjangkakan Amerika Syarikat, Kanada, Korea
Selatan, Britain, Australia, New Zealand dan sebahagian besar negara
Eurozone memiliki peluang lebih tinggi untuk meleset berbanding
Malaysia.
Justeru, tentu sekali kajian Bloomberg ini mengecewakan Rafizi Ramli dan
Tony Pua yang berterusan mengatakan Malaysia sedang menuju kebankrapan.
Ini apa lagi Rafizi, yang licik menggunakan `mainan angka’ setiap kali
`bertempur’ dengan mengadu domba berdepan kerajaan menggunakan `angka
dan statistik ekonomi’ yang tampak tulen tetapi rupa-rupanya auta.
Demikian juga dengan individu gandingan Rafizi iaitu Tony Pua yang acap
kali mengeluarkan `analisisnya’ mengatakan walaupun GST dilaksanakan,
Malaysia masih boleh bankrap.
Sedangkan banyak firma ekonomi berdaya saing mengakui GST adalah
perubahan penting yang boleh mengukuhkan taraf kredit Malaysia dengan
memperluas perolehan kerajaan dan mengurangkan kebergantungan terhadap
hasil petroleum.
Begitupun walau apa perkara yang molek, indah dan baik positif untuk
Malaysia, pembangkang akan rakus mengambil kesempatan mensensasikan
isu terbabit, hatta kajian terbaharu Bloomberg ini tanpa disokong
dengan fakta dan statistik.
Akan mereka mentohmah bahawa `Malaysia kini menuju ke arah kebankrapan’
walaupun hakikatnya Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing.
Di sebalik fitnah dan adu domba pembangkang yang bertali arus
memburukkan kerajaan ini, rakyat perlu melihat langkah untuk
mengubahsuai Bajet 2016 yang disebut baru-baru ini secara realistik. Ini
termasuk dari sudut ketidaktentuan ekonomi global, kesan daripada
kejatuhan harga minyak, yang boleh menjejaskan hasil kerajaan.
Ketidaktentuan harga minyak global sejak tahun lepas, bukan sahaja
memberi kesan kepada Malaysia, malah terhadap beberapa negara pengeluar
bahan itu.
Begitu juga kedudukan ekonomi China yang tidak menentu tahun ini,
terutama sekali KDNK negara berkenaan yang dijangkakan tidak mencapai
6.5 peratus.
Lantas pengubahsuaian Bajet 2016 antara lain akan melibatkan langkah
mengoptimumkan perbelanjaan, mengambil kira peranan syarikat berkaitan
kerajaan dan memastikan kerajaan terus menjaga kesejahteraan rakyat.
Dengan kajian terbaharu Bloomberg, terjawabkah persoalan `bankrap’ yang agresif diadu domba Rafizi dan Tony?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment