Wednesday, November 11, 2015

ADUN BN Gesa Kelulusan The Louvre Di Kajang Disemak Semula

http://thelouvre.com.my/images/gallery23_l.jpg
SHAH ALAM : Kerajaan Selangor digesa mengkaji semula kelulusan bagi pembinaan sebuah pangsapuri mewah, The Louvre, berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, di Kajang.

Shahrum Mohd Sharif (Dengkil-BN) berkata, pembinaan pangsapuri 36 tingkat itu dilihat mengancam keselamatan kira-kira 1,119 pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.

“Pembinaan projek itu juga bertentangan dengan pelan asal yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di mana sebelum ini pemaju mengemukakan pelan bagi membina rumah kedai, bukannya apartmen yang mempunyai 498 unit kediaman dan 30 unit kedai.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri di sini hari ini, Shahrum berkata projek itu juga dikhuatiri akan menyebabkan kesesakan teruk di kawasan berkenaan apabila siap kelak.

“Sehingga kini sebanyak 40,000 tandatangan penduduk telah dikumpulkan sebagai tanda membantah pembinaan projek itu,” katanya.

Pada 22 April lalu, MPKj mengeluarkan notis berhenti kerja kepada pemaju projek berkenaan kerana dikatakan gagal mematuhi aspek keselamatan dan garis panduan ditetapkan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment