Wednesday, November 11, 2015
Ambil Kesempatan Nampak..... Ambiga Sedia Kerjasama Dengan Tun M Perbaiki Sistem Kerajaan
BANDAR SUNWAY : Datuk Ambiga Sreenevasan bersedia untuk bekerjasama
dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hanya jika beliau
bersedia untuk memperbaiki sistem kerajaan negara.
"Jika Dr Mahathir mengambil berat tentang apa yang telah berlaku sejak
30 tahun lalu, jika memang beliau sedang cuba untuk menyelesaikannya
selain hanya mahu menyingkirkan seorang perdana menteri, maka saya fikir
kita harus terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang cuba
untuk melakukannya," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
Beliau berkata, keseluruhan sistem perlu diubah selain menggantikan Najib sebagai perdana menteri.
Ambiga berkata, beliau telah melihat beberapa perkara yang tidak pernah
dijangka untuk dilihatnya selepas Dr Mahathir meletak jawatan.
"Saya tidak pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir disiasat oleh
polis, saya tidak pernah terfikir saya akan melihat Dr Mahathir
menghadiri Bersih," kata Ambiga.
Katanya, beliau juga tidak pernah terfikir dapat melihat Dr Mahathir,
Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai 'orang lama' tampil dan mengeluh tentang
penyalahgunaan kuasa dan kegagalan institusi di Malaysia.
Ambiga turut memuji usaha yang dilakukan oleh kumpulan Melayu terkemuka
kerana mereka terdiri daripada individu berprofil tinggi yang cuba
membawa perubahan.
Beliau bagaimanapun ragu-ragu sama ada terdapat sesiapa yang boleh
berdepan dengan rejim masa kini yang diperlukan untuk membuat beberapa
perubahan di negara ini.
Ambiga berkata, individu-individu ini akan mencabar 'kubu kuasa' yang
dicipta oleh Dr Mahathir sendiri yang mencipta satu sistem di mana semua
kuasa tertumpu di tangan perdana menteri.
"Saya tidak berkata hanya Najib seorang yang bertanggungjawab bagi
masalah kita hari ini, saya percaya seluruh kabinet bertanggungjawab
bagi masalah kita hari ini.
"Mereka sepatutnya mentadbir negara ini dengan jujur dan cekap dan itu adalah satu kelemahan kita yang teruk," kata Ambiga.
Ambiga berkata demikian pada majlis pelancaran buku 'Malaysia
Post-Mahathir: A Decade of Change at Sunway University' pada Isnin.
Buku ini diterbitkan oleh Marshall Cavendish International (Asia) Private Limited yang berpangkalan di Singapura.
Ia telah disunting oleh Profesor James Chin dari University of Tasmania dan Prof Joern Dosch dari University of Rostock.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment