Wednesday, November 11, 2015
Angkuhnya.... Amanah Sedia Ganti PAS Di Kelantan - Mat Sabu
PASIR MAS : Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menggantikan PAS
mentadbir kerajaan Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan
datang, kata Presidennya Mohamad Sabu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata langkah itu
diambil bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh
Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan (yang diterima Amanah). Kalau
sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu
(untuk bertanding di Kelantan)," katanya kepada pemberita selepas
mengadakan ceramah di Kampung Padang Embun di sini, malam Isnin.
Mat Sabu berkata pada masa ini, Amanah akan memberi fokus kepada
penambahan anggota di seluruh negara dan belum membincangkan secara
lanjut mengenai kerusi yang akan ditandingi parti itu dengan DAP dan
Parti Keadilan Rakyat.
"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana,
melainkan (Pilihan Raya Negeri) di Sarawak... kami akan cubalah untuk
dapatkan kerusi bertanding di sana," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment