Wednesday, November 11, 2015

DAP Mahu Jadikan Bekas Rakan Sekutu Seperti ‘Lembu Dicucuk Hidung’?

KUALA LUMPUR : Dalam hubungan perkahwinan, istilah ‘gila talak’ biasanya merujuk kepada satu pasangan suami isteri yang telah pun berpisah tetapi salah satu pihak sentiasa menganggap bekas pasangannya masih bersama serta perlu menurut kehendak dan kemahuannya lagi.

Menurut Timbalan Presiden Pertubuhan Kesatuan Alumni Persatuan Mahasiswa Universti Malaya (PMUM), Kapten (B) Dr. Shamsuddin Moner, mungkin Itulah perumpamaan yang paling sesuai diberikan kepada parti Dap apabila bertindak mahu Pas mengikuti jejak langkah mereka yang mahu membuat undi menolak Bajet 2016.

Seterusnya, beliau turut menimbulkan persoalan bukankah Pas kini sudah menjadi bekas rakan sekutu Dap buat kali keduanya.
pkr-pengemis-pas-pak-turut-dap-tuan-besar
“Jadi, mengapa perlu mereka berasa kesal dan kecewa atas tindakan parti itu yang bersikap kecuali atas rancangan Dap itu?

“Itulah sikap sebenar Dap, yang tetap mahu menunjukkan kononnya mereka ‘abang besar’ dalam pembangkang, walaupun sudah tidak bersama tetap mahu menjadikan Pas seperti ‘lembu dicucuk hidung’,” tegasnya kepada pihak media.

Tambahan pula, bukankah Dap sudah ada rakan sekutu yang baharu, Parti Amanah Negara (Amanah) yang menjadi pengganti dalam pakatan mereka? Makanya, mengapa pula mereka mahu parti itu mengikut tunjuk mereka?, soalnya lagi.

Beliau berpandangan bahawa sebenarnya mereka tahu, jika bergantung harap kepada PKR dan Amanah tanpa sokongan daripada Pas, mana mungkin cita-cita mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan.

“Bukan baharu, tindakan mereka ini seperti mahu mengulangi peristiwa tahun 2009 lalu iaitu Bajet 2010 yang diluluskan oleh ahli dewan dengan undi tipis, di mana 66 orang ahli Parlimen daripada BN menyokong berbanding blok pembangkang, 63 orang yang menolak.

“Reaksi parti Pas itu menunjukkan mereka akhirnya sedar wajah sebenar Dap yang angkuh, mahu semua parti pembangkang mengikut kata dan jejak langkah mereka sahaja,” ujarnya.

Tambahnya lagi, jelas kelihatan Dap tidak senang dengan situasi politik negara sekarang ini apabila Pas bersikap matang, menjadi lebih toleran dengan kerajaan BN, sepertimana kenyataan Presidennya Datuk Seri Haji Hadi Awang yang menyatakan kesediaan bekerjasama bagi perkara-perkara yang membawa kebaikan dan menyentuh kepentingan rakyat.

Tindakan undi tolak bajet itu juga sebenarnya salah satu cara yang tidak beretika yang menjadi antara taktik mereka untuk mengambil alih ‘Putrajaya’ kononnya atas nama demokrasi, melalui ‘pintu belakang’ sama seperti peristiwa 16 September 2008 apabila adanya cubaan membeli ahli-ahli Parlimen BN dan beberapa siri demonstrasi jalanan setelah mempengaruhi rakyat melalui pilihan raya gagal, katanya lagi.

“Bukankah Allah telah memberi peringatan, sebagaimana firman-Nya di dalam surah Ali Imran ayat 54 yang bermaksud; “Dan mereka merancang (tipu daya), Allah juga merancang (membalas tipu daya), dan Allah sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)”,” tegasnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment