Wednesday, November 11, 2015

Ini Semuanya Wayang Saja.... 20 Ahli DAP Sarawak Keluar Parti, Sertai SUPP

KUCHING : Seramai 20 ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak bertindak keluar parti dan menyertai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) semalam.

Keputusan itu dibuat kerana mereka sudah hilang kepercayaan, kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara para pemimpin DAP Sarawak.

Justeru, mereka telah me-nyerahkan borang permohonan menyertai SUPP kepada Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian semalam.

Dengan penyertaan ahli-ahli DAP itu ke dalam SUPP, Dr Sim berharap kumpulan berkenaan dapat bekerjasama dalam parti baharu mereka.

“SUPP sangat tegas dalam mempertahankan autonomi Sarawak dan ini menunjukkan rakyat Sarawak menyokong untuk mempertahankan autonomi,” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment