Wednesday, November 11, 2015
Surat Terbuka Kepada Datuk Seri Najib
Assalamualaikum Datuk Seri,
1. Sejujurnya
saya tidaklah mengenali secara rapat Datuk Seri kerana saya cumalah
rakyat biasa dan anak muda yang mengenali Datuk Seri hari ini sebagai
Perdana Menteri.
2. Namun
sejak beberapa tahun kebelakangan ini saya serius untuk mengenali
seseorang yang bernama NAJIB TUN RAZAK. Maka saya mulakan pembacaan saya
mengenai diri Datuk Seri.
3. Karier
politik Datuk Seri bermula sebagai Ahli Parlimen di usia yang sangat
muda pastinya satu pengalaman yang sangat manis dan tidak semua orang
boleh merasa pengalaman seperti yang Datuk Seri alami.
4. Saya
sedar Datuk Seri mewarisi kepimpinan daripada Ayahanda Datuk Seri iaitu
Tun Abdul Razak di usia muda bukanlah satu perkara yang difikirkan oleh
Datuk Seri ketika itu. Namun takdir yang Esa menentukan Datuk Seri harus
bermula pada usia sangat muda ketika itu, walau menghadapi cabaran
,tentangan,iri hati dan dengki Datuk Seri berjaya mempertahankan kerusi
parlimen warisan Ayahanda Datuk Seri.
5. Di usia
muda itu juga Datuk Seri memimpin beberapa kementerian kerajaan
termasuklah kerajaan sebuah negeri dan Datuk Seri terdedah dengan
pelbagai cabaran yang memerlukan kesabaran ketekuhan dan iltizam tinggi
untuk melepasinya. Saya percaya Datuk Seri hari ini sudah matang dengan
dugaan sebegini,maka tidak hairan walau saban hari Datuk Seri diserang
bertubi-tubi ,difitnah kiri kanan,atas bawah,luar dan dalam Datuk Seri
terus mampu tersenyum dan bersabar . Benarlah kata-kata Sabar itu ada
manisnya.
6. Saya
juga mengambil peluang untuk menyatakan terima kasih saya kepada Datuk
Seri atas pengorbanan yang Datuk Seri lakukan, bagi saya bukan mudah
untuk cabaran sebegini mampu dihadapi oleh orang lain.
7. Tatkala
Datuk Seri dituduh sebagai rakan kepada yahudi ,malahan di hambur
pelbagai fitnah namun kerana perwatakan Datuk Seri yang penyabar, Datuk
Seri terus melangkah untuk agenda membela rakyat, Datuk Seri menjawab
fitnah tersebut dengan mengkritik dan menelanjangkan agenda yahudi di
mata dunia!
8. Datuk
Seri sedar bahawa rakyat adalah golongan yang perlu dibela, Datuk Seri
memikirkan perkara asas seperti kuasa elektrik perlu diuruskan dengan
baik, maka 1MDB ditubuhkan untuk membeli stesen-stesen janakuasa ini
kerana risiko dan permasalahan masa panjang akan dihadapi oleh rakyat
jika stesen-stesen janakuasa ini terus di kuasai syarikat-syarikat
kroni.
9. Bila
Datuk Seri memikirkan membela golongan marhaen, Datuk Seri memberi BR1M
terus kepada golongan yang memerlukan dengan agenda membantu golongan
yang benar-benar memerlukan.
10. Bilamana
Datuk Seri dikecam hebat dan di fitnah bahawa Datuk Seri adalah punca
utama mata wang jatuh, mereka lupa bahawa senario ini bukanlah senario
yang hanya berlaku di Malaysia ianya adalah global senario ! Mereka lupa
bahawa Kerajaan Datuk Seri berusaha bersungguh-sungguh mengawal nilai
mata wang kita dari terus merundum, nyata Datuk Seri berjaya kita
bukanlah negara paling teruk.
11. Agak
mengejutkan apabila kesilapan perjanjian berat sebelah yang bukan
keputusan di bawah pemerintahan Datuk Seri seperti masalah perjanjian
konsesi tol yang berpanjangan juga Datuk Seri dipersalahkan. Bila Tol
naik Datuk Seri dipersalahkan sedangkan ianya bukan hasil kerja kerajaan
pimpinan Datuk Seri, Datuk Seri telah menunjukkan keisitmewaan apabila
kerajaan pimpinan Datuk Seri membina lebuhraya PAN BORNEO tanpa Tol!
12. Bila
Sabah terus diancam keselamatannya Datuk Seri menubuhkan ESSCOM untuk
menjaga kedaulatan negeri Sabah, namun Datuk Seri di fitnah pula sengaja
berkomplot dengan penganas Sulu sebelum PRU 13! Besar sungguh dugaan
Datuk Seri hadapi.
13. Bila
Datuk Seri mengatakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan , mereka
lupa apa Datuk Seri lakukan membantu rakyat bersifat langsung seperti
BR1M, KR1M,TR1M Klinik 1malaysia dan pelbagai lagi jasa Datuk Seri
taburkan untuk kesejahteraan Rakyat dengan jenama 1 Malaysia.
14. Semasa
Datuk Seri bermula sebagai perdana menteri Datuk Seri memperkenalkan
Pelan Trasnformasi Kerajaan (GTP), KPI diperkenalkan bagi mengukur
pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.
15. Datuk
Seri juga terus membuktikan karisma Datuk Seri dengan mencatatkan GDP
230.8 billion USD pada tahun 2009 kini 6 tahun Datuk Seri memimpin GDP
meningkat sebanyak 525.7 bil USD !
16. Harapan
saya adalah agar Datuk Seri terus tabah dan cekal menempuh cabaran dan
dugaan yang melanda ke atas diri Datuk Seri sesungguhnya kebenaran itu
akan muncul juga dan fitnah itu akan tewas akhirnya.
17. Sabar
dan cekal Datuk Seri, tidak semua rakyat Malaysia adalah golongan buta
hati dan percaya kepada fitnah fitnah yang dilemparkan. Sesungguhnya
benar di akhir zaman akan ada pemimpin yang zalim dan kami berdiri teguh
menyokong pemimpin yang dihujani fitnah kerana pemimpin itu berjuang di
jalan yang Benar.
Syed Hamizan Roslan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment