Wednesday, November 11, 2015
Padan Mukanya.... Wartawan Malaysiakini, The Star Disoal Siasat Polis
KUALA LUMPUR : Tiga wartawan portal berita tempatan disoal siasat polis,
semalam berhubung laporan berita dikatakan berunsur fitnah berkaitan
pertukaran timbalan pendakwa raya (DPP) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad
berkata dua daripada mereka adalah wartawan Malaysiakini dan seorang
wartawan The Star Online.
Mereka disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.
"Serbuan dibuat di pejabat kedua-dua portal berita itu pada pukul 2
petang hingga pukul 4.30 petang, sebelum mereka meninggalkan pejabat,"
katanya dipetik Bernama.
Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah komputer riba, satu unit
CPU komputer, satu unit pendrive dan beberapa salinan dokumen berkaitan
kes itu.
"Barang-barang rampasan itu dihantar ke forensik SKMM (Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dianalisis," katanya.
Jumaat lepas, Malaysiakini dan The Star Online disiasat polis dan SKMM
berikutan penyiaran artikel mengenai pertukaran DPP SPRM itu.
Siasatan itu susulan satu laporan polis oleh seorang pegawai Jabatan Peguam Negara pada 3 Nov.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment