Wednesday, November 11, 2015

PAS Jangan Tertipu..... Krisis Selangor : PAS Tidak Akan Iktiraf Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR : PAS sekali lagi menolak cadangan Parti Amanah Negara (Amanah) supaya kedua-dua parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan di Selangor melalui satu perjanjian rasmi.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan yang dikemukakan bekas pemimpin parti Islam itu, Khalid Samad ditolak kerana PAS sudah tiada hubungan dengan DAP mahupun Amanah.

"Kita (PAS) tiada hubungan dengan DAP. Parti itu pun tahu kita putus hubungan dan tidak mungkin akan bersama Pakatan Harapan untuk bergabung semula.

"Dan keduanya, kita tidak menerima parti Amanah. Jadi, saya fikir dia (Khalid) tidak berada pada realiti politik yang sebenar.

"Realiti sebenarnya, DAP tidak akan bersama PAS dan PAS tidak akan bersama DAP. Jadi saya fikir cadangan itu mungkin tidak akan berlaku," beliau dipetik berkata portal itu.

Tuan Ibrahim mengulas cadangan Khalid, yang selaku pengarah komunikasi Amanah membuat saranan itu bagi menangani kemelut politik yang melanda pentadbiran negeri Selangor.

Beliau dalam entri blognya berkata, persoalan status dan kedudukan kerajaan negeri Selangor boleh diselesaikan dengan dirasmikan hubungan semua pihak melalui satu perjanjian kerjasama antara Pakatan Harapan dan PAS.

"Pendekatan sebegini tidak menjejas kedudukan sama ada Pakatan Harapan Selangor atau PAS Selangor.

"Melalui perjanjian kerjasama ini, kedudukan kedua-dua entiti diiktiraf dan hubungannya menjadi rasmi.

"Melalui tindakan ini hubungan antara PAS adalah dengan Pakatan Harapan, dan bukan hanya dengan PKR,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Azmin Ali dilapor berkata, tidak perlu pembentukan Pakatan Harapan di Selangor seperti yang dilaksanakan di Pulau Pinang sebab senario politik di kedua-dua negeri itu berbeza. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment