Persidangan antarabangsa itu melibatkan penyertaan kesemua 10 negara Asean serta beberapa negara lain yang diundang termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
Wednesday, November 11, 2015
Potensi Besar Perluasan Kerjasama Malaysia-UK Dalam Bidang Keselamatan – Ahmad Zahid
LONDON : Malaysia dan United Kingdom memiliki potensi besar
menjalin kerjasama dua hala yang lebih erat dalam bidang keselamatan
terutamanya soal pencegahan aktiviti jenayah rentas sempadan dan
kegiatan cegah keganasan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara ini, kata Timbalan Perdana Menteri disepakati pada pertemuan
beliau dengan Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom, Theresa May di
sini pada Selasa.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengadakan pertemuan
sulung dengan rakan sejawatannya dari United Kingdom itu, dalam lawatan
empat hari ke negara itu sejak Ahad.
Bercakap pada sidang media bersama wartawan Malaysia di hari ketiga
lawatannya di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata perkembangan
terbaru itu membuka ruang kepada pengukuhan beberapa perjanjian sedia
ada antara Malaysia dan United Kingdom dalam bidang keselamatan.
Ahmad Zahid berkata antara lainnya Malaysia berminat untuk belajar
dari pengalaman United Kingdom dalam pengurusan National Tracking Border
Centre (NBTC) dan program polis komuniti di Manchester bagi menangani
ancaman kumpulan pengganas.
“Pada perbincangan dengan May saya telah kemukakan beberapa cadangan
termasuk cadangan menghantar pegawai-pegawai polis Malaysia untuk
menjalani latihan di sini dalam bidang-bidang yang kita masih baru atau
kita masih perlu kemaskinikan kemahiran dalam bidang keselamatan,”
katanya.
Program latihan itu, yang akan dimulakan sesuai dengan jadual latihan
oleh pihak United Kingdom, membabitkan soal pengendalian aset-aset
pemantauan maklumat terutamnya sistem komunikasi siber yang digunakan
penjenayah rentas sempadan dan kumpulan daesh.
Pada pertemuan itu Ahmad Zahid telah secara rasmi mengundang May
untuk membentangkan kertas kerja di Persidangan Antarabangsa Mengenai
Radikalisasi dan Keganasan Melampau yang dijadualkan berlangsung di
Malaysia pada 25 dan 26 Januari tahun depan.
Persidangan antarabangsa itu melibatkan penyertaan kesemua 10 negara Asean serta beberapa negara lain yang diundang termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
Sebelum mengadakan pertemuan dengan May, Ahmad Zahid dan rombongan
delegasi telah melawat NBTC di Manchester bagi meninjau secara lebih
dekat pengurusan dan pengendalian sistem saringan dan analisis data bagi
penumpang yang masuk ke UK melalui jalan udara.
Beliau dan rombongan juga melawat Ibu Pejabat Polis Greater
Manchester meninjau program polis komuniti menangani aktiviti jenayah
keganasan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment