Wednesday, November 11, 2015

'Zaid Jahil Undang-Undang'

SHAH ALAM : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai jahil undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tulisan Zaid di blognya bertajuk Stop Humaliating Tun M yang disiarkan, semalam.


Menerusi blog tersebut, Zaid mendakwa bahawa undang-undang jenayah fitnah digunakan pihak polis untuk memaksa dan menyekat kebebasan rakyat bersuara. ‎


Zaid turut berkata, undang-undang tersebut sudah  ketinggalan dan perlu dimansuhkan.


“Nampaknya Zaid, jahil undang-undang. Eloklah dia merujuk kepada peguam-peguam beliau, apa makna fitnah dan undang-undang apa yang diperuntukkan kepada mereka yang membuat fitnah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Pada masa sama, Khalid turut membidas kenyataan Zaid yang disifatkan sebagai tidak benar sama sekali. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment